INFORMASI BERITA PENGETAHUAN SEJARAH TOKOH PAHLAWAN AGAMA POLITIK ADAT RESAM KEBUDAYAAN DAN NUMISMATIK
MAIN MENU
▼
Footer Pages
▼
10 Apr 2013
PENAMAAN CALON 20 APRIL | TARIKH PENGUNDIAN 5 MEI 2013
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon manakala pengundian akan diadakan pada 5 Mei.
Dalam pada itu pengundian awal akan diadakan pada 30 April.
Ketiga- tiga tarikh itu ditetapkan pada mesyuarat khas yang diadakan di sini sebentar tadi.
Berdasarkan keputusan hari ini, tempoh berkempen selama 15 hari diperuntukkan. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.
Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan esok.
Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun.
SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU13 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lalu dan Dun antara 3 dan 5 April.
Sebelum dibubarkan, komposisi Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 137 kerusi, selebihnya DAP (29), Pas (23), PKR (23), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita) masing-masing satu kerusi. Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.
Abdul Aziz berkata, SPR telah menerima pengisytiharan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 3 April 2013 berhubung pembubaran Dewan Rakyat.
Semua Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak telah dibubarkan setakat 5 April dan menurut Fasal 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran.
Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.
Abdul Aziz berkata, SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan esok dan notis pilihan raya pada Jumaat, 12 April.
Beliau berkata, berdasarkan daftar pemilih, terdapat 12,992,661 pemilih biasa dan 275,341 pengundi awal.
Pengundi awal terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan; serta 2,954 pengundi tidak hadir (pengundi di luar negara). Sumber Sinar Harian
Wassalam, Wa'allahhualam.
salam..
BalasPadamselamat memangkah Yassin..
buatlah pilihan yang tepat
"perubahan" yang terbaik :)
Wmsalam.. buat pilihan yang tepat :) Kata bijak pandai jika mengundi dan tidak mengubah apa2 bukanlah mengundi :)
BalasPadam