MAIN MENU

Footer Pages

4 Apr 2013

KAHWIN SELEPAS PRU-13 DAPAT RM1,000

KUALA TERENGGANU: Pengantin baru yang berkahwin selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan menerima wang bantuan RM1,000, manakala mereka yang menimang anak pertama diberi bantuan RM500.

Itu antara kandungan manifesto Barisan Nasional (BN) Terengganu yang akan diumumkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Said dalam masa terdekat, bagi menghadapi PRU13. Amnya BN Terengganu menjanjikan bantuan tambahan kepada rakyat terutama warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya, kata Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad kepada pemberita, di sini hari ini.

Yahya berkata, bantuan kewangan tambahan itu dibuat berdasarkan pendapatan Terengganu yang dianggarkan sebanyak RM2 bilion setahun.

"Walaupun kita akan menambah dana kewangan itu, manifesto BN Terengganu masih realistik dan menepati perumpamaan 'ukur baju di badan sendiri'," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai tambahan bantuan kewangan berkenaan. - BERNAMA

AAP - Bulan Mei nanti eloklah kawin dapat anak cepat tambah RM 500.00 lagi... hebat manifesto Barisan Nasional (BN) Terengganu nie. Gambar diatas itu penuh dengan teka teki...  kut kahwin nanti tak dapat anak sebab berlawanan parti :) * Gambar sekadar hiasan.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

3 ulasan:

  1. SALAM..
    erkk..nak kena cari anak dara
    Orang Ganu la lepas nih..kuota
    ada lagi 3..huhu

    BalasPadam
  2. huh? manis-festo macam tu pun ada ka??? baru aku tau.. Aku kawin sekali lagi laaa... (ulang kawin dgn suami ku) kat ganu... ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  3. bn dh mng dkt tganu...manifesto cme omong ksong atau mmg dh dilksanakn?

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.