Hari ini berkesempatan ronda-ronda ke jeti Kuala Tembeling, Jerantut sambil menjalankan tugasan. Kalau anda renungkan betul-betul nampak keunikan air sungai di Kuala Tembeling itu bila mana air daripada sungai Jelai bercantum bersama air sungai Tembeling di kualanya. Satu jernih dan satu lagi keruh likat. Difahamkan aktiviti biji besi dan emas di Kuala Lipis membuatkan air sungai Jelai ini keruh. Untuk makluman di Kuala Tembeling ini juga bermulanya nama Sungai Pahang bila kedua sungai tersebut bertemu.
Sebaiknya slogan "Cintalah sungai kita" ini perlu dihayati bersama jangan sekadar orang kampung dan orang bawahan sahaja disuruh menyintai sungai.. yang duduk di atas sana... kena sama-sama mengambil tindakan yang sama... apalah sangat setakat orang kampung boleh mengeruhkan air sungai ? Jadi sama-samlah kita renungkan... Sungai juga suatu anugerah untuk jenerasi mendatang dan apakah ini yang kita hadiahkan nanti kepada anak cucu kita?Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.