INFORMASI BERITA PENGETAHUAN SEJARAH TOKOH PAHLAWAN AGAMA POLITIK ADAT RESAM KEBUDAYAAN DAN NUMISMATIK
MAIN MENU
▼
Footer Pages
▼
30 Mac 2013
NAMA PANJANG MENJADI TREND HARI INI
Nama seperti Amanda Natasha Nur Rania Alya, Meor Muhammad Azrai Tufail, dan Sharifah Nur Arissa Zulaikha Damia adalah antara nama panjang kini menjadi pilihan sesetengah ibu bapa apabila mendaftar anak mereka yang baru lahir.
Nama itu semacam berselirat bila kebetulan nama bapa juga panjang seperti Muhammad Haikal Shafiq al-Amin. Penceramah agama Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, "memang ada kalangan ibu bapa yang gemar memilih nama anak yang panjang dan lain dari yang lain tanpa memikirkan maksud yang baik di sebalik nama berkenaan."
Trend memilih nama panjang ini berbeza dengan trend pada tahun-tahun 40'an-50'an dulu ketika ibu bapa memilih nama-nama yang agak luar biasa seperti Pungut, Bongek, Patah, Punat, Gondol, Tumpang, Sabtu, Ahad, Isnin dsbnya.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jainisah Mohd Noor berkata, dari segi kepanjangan nama untuk pendaftaran, JPN tidak ada halangan asalkan nama berkenaan tidak melebihi 80 aksara meliputi huruf, ruang kosong, bin, binti dan nama bapa. JPN cuba menasihati sekiranya nama yang ingin diberikan itu mempunyai maksud yang tidak baik, katanya.
Jainisah berkata nama yang terlalu pelik juga tidak digalakkan kerana ia akan menyusahkan ibu bapa itu sendiri apabila terpaksa datang semula ke JPN bagi menukar nama yang anak itu sendiri tidak selesa.
Wan Akashah berkata nama anak selain melambangkan identiti, ia juga merupakan doa.
"Lebih baik meletakkan nama yang pendek tetapi mempunyai maksud yang baik berbanding nama yang panjang dan pelik tetapi tidak mempunyai sebarang maksud," katanya. Ada nama yang memberi makna negatif.
Jainisah berkata, kira-kira 500,000 pendaftaran kelahiran direkodkan oleh JPN setiap tahun. JPN tidak mempunyai statistik nama-nama panjang yang didaftarkan, katanya. - Bernama
AAP - Didalam agama dan adat budaya kita nama panjang ini boleh menyusahkan orang lain Tok Naib (jurunikah kahwin) contohnya untuk membaca akad nikah, tidak kurang menyusahkan Tok Imam untuk membaca doa talkin nanti. Di dalam dunia berkomputer hari ini elok juga diletakkan nama anak-anak bermula dengan huruf atau abjad A senang duduk diatas bagi sebarang urusan.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Salam encik Yassin..
BalasPadamNama panjang2 tpi panggilnya A je.. Tapi mungkin jugak la dah jadi trend.. kalau tak 2 3 patah tu tak sah.. dulu yg pntg senang sebut dan ada makna..
koi setuju..nanti koi nikah da kalut nak sebut nme bakal isteri depan tok kadi..hihhihi
BalasPadamkadang2 tu payah nak tulis x muat kolum dlm buku rekod wehh
BalasPadamNama paling panjang dalam dunia adalah 'LONG'
BalasPadam
PadamNur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam diiktiraf nama terpanjang pernah didaftarkan di Jabatan Perdaftaran Negara (JPN).
Nama unik itu diumumkan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Sulaiman ketika berucap pada Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014 di Ibu Pejabat JPN, di sini, semalam.
Difahamkan, pemilik nama terpanjang di Malaysia itu masih menuntut di sebuah sekolah rendah dan berusia lapan tahun.