MAIN MENU

Footer Pages

9 Mac 2013

INFO DAN SEJARAH DATO' BAHAMAN BIN IMAM NUH

Dato' Bahaman

Dato Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, Kampar, Sumatera, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan kini lebih dikenali dengan nama Sungai Semantan dan suatu ketika dahulu pernah menjadi tempat persinggahan British.

Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato’ Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya.

Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor. Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato’ Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad.

(i) Sejarah dan Latar Belakang - nama sebenarnya Abdul Rahman bin Imam Noh
- dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan
- diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perangsaudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor
- dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara
- Dato’ Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang

(ii)Faktor Penentangan
a)Hilang Hak Mengutip Cukai
- Dato’ Bahaman menentang tindakan British melantik E.A.Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh
- Dato’ Bahaman dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya iaitu di Temerloh
b)Pembinaan Balai Polis
- pegawai British iaitu E.A.Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato’ Bahaman
- konflik antara kedua-duanya menjadi lebih serius
- Dato’ bahaman menganggap tindakan British sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya
c)Perlucutan Gelaran
- Hugh Clifford menganggap Dato’ Bahaman sebagai penderhaka kerana enggan mematuhi arahan British
- British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan
- tindakan British memalukan Dato’ Bahaman dan beliau bersumpah menghalau keluar British dari Pahang

(iii) Peristiwa Penentangan
- 16 Disember 1891 British menangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran
- tindakan British itu menyebabkan Dato’ Bahaman dan pengikutnyamenyerang Balai Polis Lubuk Terua
- peristiwa ini mencetuskan perang
- 26 Disember 1891 Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang tenterauntuk menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam pertempuran diKelubi
- Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan Singapura
- Januari 1892 British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang -pasukan tentera dinamakan“Gerakan Sultan”yang disertai oleh J.P.Rodger ditubuhkan
- British membekalkan 200 pucuk senapang dan 10 000 butir peluru
- Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan berjaya menawan 11buah kubu Dato’ Bahaman di Bentong
- Mac 1892 British sekali lagi menyerang Lubuk Terua
- pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu
- di terengganu ulama’ Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad menentang British
- 14 Jun 1894 Dato’ Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai
- British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawansemula Jeram Ampai
- Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan
- pengunduran ini menandakan berakhirnya perang menentang British diPahang

(iv)Kesan Penentangan
- Dato’ Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang British
- kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotisme oleh pahlawan Pahang
- kebangkitan ini berlangsung selama 4 tahun iaitu dari 1891 – 1894
- British terpaksa menanggung hutang yang banyak
- Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.
 Makam Tok Guru Peramu @ Dato' Bahaman

Catatan dan kisah akhirnya :  Pada tahun 1911, Dato’ Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela pergi ke Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di Patani, Siam. Pada tahun 1920, Dato’ Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya Lalang (Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman. Pada tahun 1926, Dato’ Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru Peramu. Mat Kilau pula dikatakan berpindah ke Kg Aur Rompin, Tanjumg Medang, Kg. pasir Panjang, Kg. Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang. Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya. Dato’ Bahaman tinggal di Kg. Peramu sehingga kematiannya. Info di sunting dan dirujuk daripada pelbagai sumber daripada aku anakpahang.

AAP - Alfatihah dan jasa mu tetap dikenang oleh anak cucu sebagai Pahlawan bangsa.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.