MAIN MENU

Footer Pages

17 Mac 2013

APAKAH TINDAKAN KITA LAKUKAN JIKA TERLUPA BILANGAN RAKAAT SEMASA SOLAT?

SOALAN : Apakah tindakan kita lakukan jika terlupa rakaat semasa didalam solat?  Berhenti dan Solat semulakah ?

JAWAPAN :
Itulah bijaknya syaitan melalaikan kita dan betapa lemahnya kita kerana terpedaya dengan tipu helah syaitan. Konsepnya mudah sahaja apabila terlupa dalam solat iaitu hendaklah membina atas keyakinan.

Contohnya terlupa bilangan rakaat sama ada tiga atau empat rakaat. Cuba ingati semula susur galur solat untuk mempastikan bilangan yang yakin. Jika tidak dapat, maka ambillah rakaat yang paling sedikit iaitu tiga rakaat.

Sabda Nabi S.A.W :
“Jika seseorang daripada kamu syak (was-was) dalam solatnya, lalu dia tidak tahu berapa rakaat telah dilakukannya. Adakah tiga atau empat? Maka buanglah syak dan peganglah apa yang diyakini (buatlah jumlah rakaat yang diyakini). Kemudian sujudlah dua kali sujud sebelum memberi salam. Jika dia telah melakukan lima rakaat, maka ia (kedua sujud dan duduk antaranya) menggenapkan solatnya. Jika dia telah melakukan sempurna empat rakaat, kedua sujud itu sebagai satu tanda kehinaan bagi syaitan”. (Hadis Riwayat Muslim)

Jadi tak perlulah untuk menghentikan solat lalu memulakan solat baru. Jangan pula diambil bilang rakaat yang banyak . Kalau ambil bilangan rakaat yang banyak lalu pada hakikatnya kurang, maka solat itu tidak sempurna. Tetapi kalau diambil bilangan rakaat yang sedikit lalu pada hakikatnya sudah terlebih , itu tidak mengapa. Sumber : http://harianislam.com

AAP - Biasanya kes seumpama ini jika kita bersolat bersendirian. Sebagai manusia biasa kita semua tidak lari daripada permasalahan di atas. Artikel sebagai perkongsian dan pengetahuan bersama.

Wassalam, Wa'allahhualam.

4 ulasan:

  1. kadang-kadang kas terkena juga..mmg gitulah kas buatnya ambil yg 3 dan cukupkan 1 lagi jadi empat

    BalasPadam
  2. Sebaiknya begitulah kita ikuti dgn caranya, tidak mengambil tindakan tidak sepatutnya yak...

    BalasPadam
  3. biasa gak terjadi pada saya.. Alhamdulillah sya ikut cara yang di atas.. ambil rakaat paling sikit..

    BalasPadam
  4. macam ni la bagus sertakan sekali sumbernya. nice info!

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.