MAIN MENU

Footer Pages

10 Feb 2013

PEN PENGESAN KESALAHAN EJAAN !

Pereka pen 'ajaib' ini berharap ciptaan mereka akan dapat membantu kanak-kanak belajar menulis dengan cepat. Foto: Lernstift
BERLIN  - Kita mungkin tidak lagi akan tersalah ejaan atau tatabahasa apabila menggunakan pen ‘ajaib’ berteknologi tinggi  hasil ciptaan sebuah syarikat di Jerman.

Pen dilengkapi alat pengesan kecil itu akan bergetar untuk memberitahu pengguna jika ada kesalahan dalam penulisan mereka.

Difahamkan, tujuan asal alat tersebut dicipta oleh syarikat Lernstift  adalah untuk membantu kanak-kanak belajar menulis dengan cepat.

Tetapi, kini ciptaan teknologi itu dianggap sesuai untuk semua peringkat umur.

Pereka pen yang masih dalam peringkat prototaip itu, Falk dan Mandy Wolsky berkata, pengguna boleh memilih jenis tulisan sama ada ortografi (ejaan standard) atau kaligrafi.

Mereka juga merancang untuk menambah fungsi pen tersebut termasuk menyediakan sambungan kepada komputer dan membuka satu platform untuk membenarkan pihak lain menyalurkan idea mereka bagi membangunkan aplikasi lebih canggih yang memberi lebih banyak faedah kepada pengguna. – MailOnline


AAP- Elok juga kalau pen ini ada dinegara kita dan di dalam bahasa Malaysia. Sebab tak kurang hari ini ramai remaja kita sudah tidak pandai mengeja didalam ejaan dengan betul. Gamaknya kalau contoh ayat dekat bawah ini tentu puas pen ini memberi amaran :)

"Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' "
 "nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh"
"ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew"

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

  1. waa...canggihnya..lame tak jenguk sini..kini koi kembali..

    BalasPadam
  2. Salam encik Yassin...

    Bagus gak cadangan AAP tu.. kalau tengok bahasa budak2 skrg mmg parah.. Bukan apa, nnti besar pengaruhnya kepada bahasa kita..

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.