MAIN MENU

Footer Pages

22 Feb 2013

12 ADAB, PETUA DAN PANTANG LARANG JIKA BERADA DI SUNGAI

Pantang Larang Orang Melayu bila kita berada di Sungai
( Bagi tujuan memancing menjala dan sebagainya.)

1. Jangan bercakap besar.

2. Mulut jangan celupar bertanya berbagai perkara yang berkaitan didalam sungai. (Contoh : Kalau nama lubuk tersebut lubuk keledek jangan ditanya sebesar manakah keledeknya)

3. Jika tiba-tiba hujang panas terjadi naiklah ke tebing terlebih dahulu.

4. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring atau arus sungai yang tidak menentu kemungkinan boleh membawa kecelakaan.

5. Kebiasanya di mana ada lubuk udang disitulah lubuk buaya.

6. Jika pertama kali anda memancing disesuatu tempat terus di sambar dek ikan tilan. Alamat rezeki anda mungkin sudah tiada disitu. (kebiasanya ikan jenis ini akan mengacau ikan lain didasarnya)

7. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, kemungkinan ada buaya sedang mengawan. Dan juga jika terdapat bau hanyir dan ada gelombang udara kecil dipermukaan air. Silalah beredar daripada situ. kemungkinan besar terdapat buaya didasarnya.

8. Dilarang bawa limau purut, dan cicak lebih-lebih lagi jika dicampakkan kedalam air nanti dibaham buaya.

9. Jika terdengar sebarang suara waktu Maghrib, kemungkinan kawasan itu agak keras. ( Kalau lemah semangat sebaiknya beredarlah terlebih dahulu). (Solatlah dahulu)

10 Umpan dan joran kail atau batang pancing jangan sesekali dilangkah alamat pendek rezeki.

11. Penting juga jika anda berada di sungai anda tidak memakai baju berwarna garang kerana mungkin banyak kesan langsung dan risikonya.

12. Jika jala anda telah tertebar dan telah dimasuki labi-labi, kura-kura, tuala wanita atau seluar dalam. Alamat jala tersebut sudah tidak boleh diguna pakai lagi sudah mendatangkan sial atau suel pada jala tersebut.

Apa pun ini adalah sekadar amalan dan petua sahaja. Semuanya adalah kehendak dan ketentuan Allah jua. Sumber Disediakan Oleh : akuanakpahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.