MAIN MENU

Footer Pages

20 Jan 2013

INFO GUA BAMA KUALA LIPIS PAHANG

 

Gua Bama terletak di Mukim Telang di mana Gua Bama merupakan salah sebuah kawasan pelancongan yang sering dijadikan kawasan perkemahan. Ianya merupakan sebuah gua batu kapur dan terletak di belakang perkampungan masyarakat melayu.

Kemudahan trek laluan ke gua juga ada disediakan. Info terbaharu kawasan rekreasi terbaharu itu menyediakan kemudahan seperti tapak perkhemahan, abseiling dan permainan paintball. 

Lokasinya berdekatan dengan Jalan Lipis ke Merapoh yang mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan dari bandar ini, gua batu kapur itu turut dikelilingi dusun buah-buahan yang diusahakan oleh penduduk tempatan.

Bagi peminat abseiling sudah tentu struktur gua tersebut amat sesuai untuk pendakian dengan pemantauan jurulatih bertauliah. Pasti gua ini diantara gua yang unik dan tercantik juga di Pahang.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

4 ulasan:

  1. masa kerja kat lepeh dulu pernah pegi teroka gua bame ni :)

    BalasPadam
  2. Pernah nampak signboard dia.. Tapi tak pernah pergi, tengok dari jalanraya je.. Teringin jugak nak pergi tapi takut... hahaha...

    BalasPadam
  3. macam menarik..jom

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.