Bekas luka atau parut luka pada kulit kadangkala mengganggu penampilan seseorang. Terutama apabila luka tersebut ada di bahagian yang mudah dilihat orang lain. Memang ada kaedah rawatan secara perubatan, namun harganya jangan cakap cukuplah mahal. Sebagai alternetif anda boleh mencuba tips dan petua dibawah ini. Bagi yang belum tahu dan mahu cuba, jom kita amalkan cara tradisional di bawah ini.
Caranya: Gosokkan hampas teh yang telah digunakan ke bahagian kulit yang mempunyai bekas luka. Urut perlahan dan biarkan selama 15 minit, lakukan rutin seminggu dua kali. Untuk teh celup sebaiknya buka dan ambil ampas tehnya sahaja.
2. Daun Kapuk Randu
Caranya: Sediakan beberapa helai daun kapuk randu yang sudah dicuci dengan bersih terlebih dahulu. Gosokkan daun randu pada bekas luka sehari dua kali. Kalau tak mahu susah, blender atau tumbuh dan pakai sebagai ubat sapu. Namun kalau anda merasa gatal, hentikan dan pakai kaedah yang lain.
3. Pati Buah Peria
Caranya: Tumbuh buah peria dan ambil pati serta airnya. Campurkan air peria tersebut dengan tepung beras hingga pekat. Lalu lumurkan pada bekas luka dengan teratur. Buah pahit ini juga bagus bagi yang mahu mencerahkan kulit. :)
4. Putih Telur dan Madu
Pisahkan putih telur dari kuning telur lalu campur dengan madu secukupnya. Kemudian kacau hingga tercampur merata. Sapukan pada kulit dengan bekas luka. Ramuan ini juga berguna untuk menghilangkan flek pada wajah. Sumber asal : doktercantik | Olahan Bahasa : akuanakapahang
Wassalam, Wa'allahhualam.
bagus petua2 yang disarankan ni
BalasPadamterimakasih
thanks :)
BalasPadamparut.. yg sy dpt disebabkn sy selalu menggaru.. dn terus bertukar mnjadi luka... ianya di kaki dn tangan... parut niy mmbuat kn sy malu utk memakai pakaian sperti org lain
BalasPadamnak no phone boleh?
Padambetoi ke ni nk kne cube ni...
BalasPadam