MAIN MENU

Footer Pages

6 Dis 2012

PENGGUNAAN "UBAT KUAT" APA SUDAHNYA?

Lambakan ubat kuat seks tradisional atau moden di pasaran yang tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan boleh menimbulkan ancaman kepada pengguna di negara ini terutamanya yang mengalami masalah hubungan kelamin.

Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak mengambil pil, kapsul atau jamu yang dijanjikan akan memberi kesan yang memuaskan tanpa meneliti terlebih dahulu preskripsi yang disediakan sama ada mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.

Pastinya bukan semua orang boleh dan sesuai mengambil ubat ini kerana mungkin boleh mengundang bahaya. Terutamanya yang mengidap sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang pastinya setiap ubat amat bergantung kepada kesuaian darah dan tindak balas seseorang. Paling penting juga ubatan tersebut tidak mengandungi bahan-bahan terlarang dan bahaya.

Sebaiknya semua ubatan tertentu telah dipastikan mendapat kelulusan Kementerian, Hospital, Klinik dan Farmasi, dan perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Berita dan Sumber : Sinar Harian

Moralnya jangan main redah aje untuk nak jadi hebat dan handal sudahnya... :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.