MAIN MENU

Footer Pages

5 Dis 2012

KITA AKAN JADI ARWAH SELEPAS INI...

Salam, bila sahaja menyebut perkataan 'arwah' pasti ramai yang akan tersentap kerana arwah pada bahasa adalah ganti diri nama pada mereka yang sudah mati. Boleh dikatakan tidak ada yang berani mendengarnya perkataan tersebut berbanding begitu ramai yang terus berani membuat segala dosa didunia ini merompak, mencuri, mengambil hak, menipu orang dan seribu satu macam maksiat dan jenayah lain yang terus kita lakuan.

Perlu kita sedar sehebat mana pun kita, kita juga akan jadi arwah disuatu masa nanti. Sehebat mana pun kita berkata-kata, sehebat mana pun memungkar penuh dengan tipu daya dan sebaginya pasti kelak kita juga akan mati. Tidak dinafikan dunia dihari ini kita semua sibuk untuk mencari kejayaan dan kekayaan dan terkadang mungkin kita terlupa disana ada hak orang yang kita hentam sama dan perlu juga di ketahui setiap harta dan rezeki yang kita perolehi disana ada tanggungjawab tertentu yang kita perlu patuhi.

Dan tidak kurang, untuk memiliki segala kemewahan kita sanggup menipu dan meminjam harta dan wang ringgit orang lain sudah kita terlupa untuk membayarnya terkadang mungkin kita ingat dan sengaja  kita buat-buat lupa dan perlu di ketahui orang berhutang amat besar dosanya.

Mengikut sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa orang yang mati dalam keadaan masih menanggung hutang, maka rohnya tidak akan sampai naik ke langit, ia hanya akan terapung-apung di antara langit dan bumi, sedangkan roh orang mukmin yang lain dapat naik ke langit untuk kembali ke tempat asalnya sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud:

“Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.’’ (Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).

Moralnya didalam kita meraih kehidupan mewah dan selesa didunia ini pastikan kita tidak mengambil hak orang lain. Paling hebat kita terkadang bergitu hebat mengumpul bekalan yang akan kita tinggalkan tidak sesekali terfikir bekalan yang akan kita bawa bersama. Perlu di ketahui kehidupan didunia hanyalah perhisan semata-mata.

Surah Ali-Imran ayat 14 – 15, bermaksud:

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; hartabenda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)” {14} “Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan apa yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredhaan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya” {15}

Pengajaran ayat:

1. Sebagai manusia harus ingat bahawa segala apa yang dimiliki dan dinikmati di dunia adalah hanya bersifat sementara. Oleh itu, jangan sampai dilalaikan daripada mengingati Allah s.w.t

2. Sesungguhnya sebaik-baik manusia adalah mereka yang bertakwa kepada Allah s.w.t yang mana dijanjikan kepada mereka syurga yang penuh kenikmatan.

AAP - Berpesan pada diri sendiri, semoga kita sama-sama dapat bermuhasabah diri.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

1 ulasan:

  1. sebagai peringatan utk kita semua supaya jangan alpa...tq

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.