Didalam mitos orang melayu selalu dikaitkan dengan kisah hantu yang paling popular iaitu hantu si mati (roh) yang akan kembali kerumah semula selepas dikebumikan. Banyak kisah yang diceritakan dan sememang sebenar kejadian dan bukan khayalan.
Cuma di atas keberanian anda untuk menyaksikan jika ada. Banyak faktor terjadi perkara ini. Pertama mungkin si mati pernah memperlajari ilmu yang salah atau tidak kurang faktor keturunan yang boleh disebabkan dengan situasi ini.
Hantu, faktanya sememang ada, kerana ada alam lain selain alam nyata ini (dunia) , iaitu alam ghaib. Di alam ghaib ada beberapa jenis penghuni, salah satunya adalah jin ada jin baik dan ada jin jahat. Dan seandainya syaitan-syaitan ini menyerupai jenis-jenis hantu berkenaan akan berubah namanya pontianak, toyol, pocong dan sebagainya.
Jin jahat bekerja sebagai pengganggu manusia sehingga manusia diganggu di takutkan boleh dikatakan semua perkara yang aneh dan diluar batas fikiran kita.
Hantu Orang Mati Kembali selepas dikebumikan?
Dari sekian banyak kisah hantu, dikatakan hantu yang paling ditakuti masyarakat melayu adalah hantu orang mati. Sebahagian orang awam beranggapan, hantu adalah jelmaan roh orang mati. Khususnya orang mati teraniaya atau terlibat kemalangan dan sebagainya. Fakta, hantu adalah jelmaan orang mati itu tidak betul, termasuk dalam amalan jahiliah dan bid'ah.
Buktinya, menurut ajaran Islam, roh-roh orang mati itu disimpan di suatu tempat. Roh orang Mu'min disimpan di suatu tempat bernama Illiyyin, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Muthaffifin ayat18 yang bermaksud: "Sesungguhnya kitab orang-orang berbakti itu (tersimpan) di Illiyin". Adapun roh orang kafir berada di tempat bernama Sijjin, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al-Muthaffifin ayat 7 yang maksudnya:
"Dan sesungguhnya kitab orang-orang derhaka itu (tersimpan) di Sijjin". Roh orang mati dijaga di tempatnya sampai hari kiamat, tidak ada istilah Guest On atau jelma-menjelma. Dari keterangan di atas dapat disimpulkan bahawa hantu orang mati itu bukanlah jelmaan roh orang mati dan tidak ada hubungannya sama sekali dengan si mati itu. Semua itu hanyalah maianan syaitan dan jin yang degil. Sebagai manusia yang beriman dan berakal, kita perlu jelas terhadap andaian dan ramalan alam ghaib itu, agar kita tidak tertipu oleh tipu daya mereka. (Sumber Google)
Jadi Siapa yang balik ke rumah?
Jasad dan roh orang mati pasti tidak akan kembali ke rumah selepas dikebumikan yang pasti yang akan kembali dan menyerupai simati iaitu syaitan bernama Qorin, Qorin adalah jin yang ditugaskan untuk mendampingi setiap manusia dengan tugas menggoda dan menyesatkannya. Kerana itu, qorin termasuk syaitan dari kalangan jin.
Syaikh Ibnu Utsaimin ditanya, "Apa itu qorin?" Beliau menjawab, "Qorin adalah syaitan yang ditugaskan untuk menyesatkan manusia dengan izin Allah. Dia bertugas memerintahkan kemungkaran dan mencegah yang ma'ruf.
Sudah perkara tentu seandainya kehidupan kita didunia ini jika selalu berdampingan atau bersahabat baik dengan Syaitan yang bernama Qurin ini, pasti yang akan kembali nanti hanya Syaitan yang bernama Qorin sahaja sedangkan simati tetap akan kekal disana.
Wassalam, Wa'allahhualam.
kes gitu mmg ander..ade tu kome dengor siap berdukung mayat te antokan balik ke kubur,pd mlm pertama..kala tak buat gitu,nye dtg sokmo..adeih...haru betui yak..
BalasPadamBetul ada yang kena tandu, kadang sampai seminggu kadang lebih mmg kaco... ada yang balik makan aje kaco weh...
BalasPadam