MAIN MENU

Footer Pages

19 Dis 2012

KENAPA IKAN TIADA LIDAH? DAN KENAPA ALLAH MENGHILANGKAN LIDAH IKAN?



Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Hudzaifah r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan masuk syurga tukang fitnah." Diriwayatkan juga dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apakah kamu tahu siapakah sejahat-jahat kamu?" Jawab sahabat: "Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang lebih tahu." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sejahat-jahat kamu ialah orang yang bermuka dua, yang menghadap kepada ini dengan wajah dan datang kesana dengan wajah yang lain." - Sumber Google.

Sabda Rasulullah SAW lagi :”Tidak masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.” Apabila di tanya apa hikmahnya.Baginda SAW menjawab ;”Sesungguhnya Allah SWT telah mencipkan semua makhluk itu mempunyai lidah,sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.” Salah seorang sahabat pun bertanya,”kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”

Sabda Rasulullah SAW :” Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekelian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya.Semua Malaikat patuh kecuali Iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar ke bumi.

Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut dan pertama yang di jumpainya ialah ikan. Iblis pun menceritakan keburukkan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya ” sesungguhnya Adam itu amat suka memburudan membunuh binatang -binatang yang ada dilautan dan didaratan.”

Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s.Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.” Sumber 

AAP - Bak kata pepatah "kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa." Moralnya bercakap dan berkata-kata juga kenalah berpada-pada... jangan main sedap mulut aje... sendiri mau ingat kalau jadi apa-apa itu dekat dunia, disana nanti  Wa'allahhualam.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

6 ulasan:

  1. As-salam..hadis ke ni sahabat..ingin tahu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'allahhualam... tapi cerita seumpama itu mmg penah dibaca sewaktu dahulu.

      Padam
  2. Salam rodong, aok memang hebat dlm nulis blog yak?...koi jarang2 tulis, itupun ikut mood...cerite kat atas tu pertama kali koi dengor...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wmsalam Cikgu Jang... koi kadang ngopi pest juge :) cerita diatas sekadar perkongsian aje...

      Padam
    2. Assalamualaikum sahabat..
      saya suka baca blog ni, blog yang baik.. tapi bab hadis yang dinyatakan di atas lebih baik di kaji semula.. tengok sini --> takut hadis tersebut bukan hadis sahih.. http://seutastasbih.blogspot.com/2007/06/ikan-kehilangan-lidah.html

      admin,
      http://www.nizarazu.com

      Padam
    3. Wmsalam...terima kasih, betul kata anda saya juga amat prihatin bab seumpama itu. Sebab itu saya ambil perkara itu diruang yang kesahihannya. Jika diluar pegetahuan saya Wa'allahhualam Insyallah akan saya delete terus jika ada kesangsian disana. Sila makluman kepada kami.

      Padam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.