MAIN MENU

Footer Pages

4 Dis 2012

JADILAH SEORANG BLOGGER YANG PRIHATIN DAN MESRA PENGUNJUNG

Sebenarnya perkara  ini sudah berulang-ulang kali diceritakan dan sudah terlalu banyak saranan dan tips yang telah dikongsikan oleh blogger yang lain untuk kita menjana trafik ke blog kita dan sudah terlalu banyak idea dan saranan yang telah dilontarkan oleh blogger lain, meminta blogger bersikap mesra alam sikit dengan pembaca dan pengunjung blog kita. Jom kita semak dan perhatikan mungkin dua perkara dibawah ini juga boleh menganggu keselesaan orang lain.

Sebaiknya perkara seumpama ini tidak di bebankan pada pengujung blog kita. Seandainya mereka ingin meninggalkan komen. Anda mungkin tidak nampak dan berbuat seumpama ini jika blog itu blog anda sendiri. Cara untuk menghilangkannya anda pergi ke Tetapan > klik > Tunjukan Pengesahan Perkataan dan pilihlah TIDAK
Dan satu lagi memaksa pengunjung blog menekan butang 'like' untuk meneruskan pembacaan atau seumpamanya. Mungkin ada kelebihannya, namun terkadang perkara seumpama ini tetap menganggu keselesaan pengunjung blog anda. Hendak pulak kalau di tetapkan waktunya terlalu lama untuk menunggu beribu-riban saatnya.

Disini saya tak nak komen perkara lain, cukup dua perkara diatas ini. Saya kira sudah boleh mengganggu mood dan minat orang lain untuk bertandang ke blog anda untuk lepak-lepak, apatah lagi untuk meninggalkan komen. Mungkin dua imej diatas ini bolehlah anda nilai sendiri dan memberi jawapannya. Mungkin terkadang anda dan orang lain sendiri juga kurang berminat bertandang untuk membaca dan seterusnya untuk  meninggalkan komen. Seandainya situasi seumpama itu menghiasi disesuatu blog tersebut.

AAP - Moralnya buatlah yang mudah dan ringkas tentu anda akan mendapat pulangan hasil yang lebih baik :) Selamat menjadi seorang berblogger ! Sekadar memberi teguran. Terima kasih.

Nota dikaki : Pasti dua perkara diatas boleh mempengaruhi trafik serta memungkinkan kurangnya komen disesuatu blog berkenaan.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

6 ulasan:

  1. Betul tu..

    Setuju dengan entry ni.. Jadi blogger janganlah menyusahkan kawan blogger yang lain.. hehe... Kalau takut sangat, buat je komen yang moderate tu..

    Lagi satu, dulu ada jugak orang yg letak icon twitter tu dok terbang2 kat blog dorang.. Yang tu lagi la menyemakkan... Sayapun pernah gak buat, lepas tu buang balik... Kalau sendiri dah rasa benda tu menyemakkan, apatah lagi orang lain, kan... :)

    BalasPadam
  2. setuju sangat dengan apa yang dikatakan.. :)

    BalasPadam
  3. memang mengganggu sebenarnya...

    BalasPadam
  4. Peringatan yang tidak sewajarnya diabaikan !

    BalasPadam
  5. Biasanya bila kena sekali malas dah nak singgahnya..

    BalasPadam
  6. setuju sangat dengan isu yang dibangkitkan .. saya memang rimas kalau jumpa benda tu .. tambah2 mata dah rabun nak melihat nombor dan perkataan utk pengesahan bukan robot itu.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.