Bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha 1433 Hijrah/2012 Masehi pada hari esok Jumaat, saya dengan ini mengambil kesempatan mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha pada semua sahabat blog, pembaca setia, penyokong blog akuanakpahang dan semua muslimin dan muslimat tidak kira dimana jua anda berada dengan ucapan Selamat hari raya Adil Adha maaf zahir dan batin. Daripada saya akuanakpahang.blogsopt.com
Juga saya bagi pihak Admin FB AKUANAKPAHANG GROUP dengan ini memohon kemaafan jua sekiranya disepanjang kami mengendalikan group tersebut ada sedikit sebanyak kekurangan, salah dan silapnya serta sebarang ketidakpuasan hati mana-mana pihak. Saya memohon maaf banyak-banyak dengan ini saya mewakili pihak Admin AAPG memohon berbanyak kemaafan jua.
Dari Abu 'Ubaid r.a., ia pernah beraidul adha dengan 'Umar bin Khattab r.a. Ia solat sebelum berkhutbah, lalu berpidato kepada orang ramai: "Hai manusia, Rasulullah saw. telah melarang kamu berpuasa pada dua hari raya ini. Yang pertama adalah hari raya di mana kamu berbuka setelah berpuasa. Yang kedua pada hari kamu makan daging binatang sembelihan korban mu. " Selanjutnya Abu 'Ubaid berkata: "Setelah itu saya pernah berhari raya dengan 'Uthman bin 'Affan. Hari itu adalah hari Jumaat. Ia solat setelah itu berkhutbah: "Hai manusia, pada hari ini terdapat dua hari raya. Siapa dari kamu penduduk luar kota yang ingin menunggu di sini sampai solat Jumaat, boleh menunggu. Siapa yang ingin pulang sekarang, saya beri izin." Abu 'Ubaid selanjutnya berkata: "Kemudian saya berhari raya dengan 'Ali bin Abi Thalib. Ia solat, setelah itu berkhutbah. Dalam khutbahnya, ia berkata: "Rasulullah saw. melarang kamu makan daging korban mu setelah tiga hari." (maksud Hadis Sahih Bukhari)
~*~Labaik Allahuma Labaik. Labaika laa Syariikalaka Labaik. Innal hamda Wani'mata lakal Walmulk. Laa Syariikalak~*~Salam Aidiladha untuk rakan2 blogger akuanakpahang Facebook AAP Group dan semua sahabat dan rakan-rakan amnya yang mengenali kami, saya dan keluarga. Selamat Hari Raya Adil Adha daripada akuanakpahang.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Selamat Hari Raya,
BalasPadamMohon maaf zahir & batin , Yassin...:D
Selamat hari raya juga drp kami
BalasPadamSesama bermaafan terima kasih.
Salam Yassin..
BalasPadamSelamat menyambut Hari Raya Aidiladha
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Semoga ibadah kita mendapat rahmat
dan keberkatan dari Allah jua hendaknya
selamat hari raya buat pengurus semua :)
BalasPadamHehehe... pengurus blake yak :)
Padam