Tepian
Darulmakmur telah dibuka, ianya adalah sebahagian daripada Hotel Darulmakmur yang
menyediakan makanan yang berbeza daripada yang terdapat di Sri Makmur
Coffee House Hotel Darulmakmur. Harga yang sangat berpatutan & specialty
ada menyediakan steamboat, teppanyaki & air gelas besar selain daripada bbq
corner untuk kemudahan pelanggan.
Kepada
semua warga tempatan sekitar Jerantut khasnya dan warga Pahang Darulmakmur amnya. Boleh berkunjung kesana dan merasai sendiri produk terbaru dan tersendiri
daripada Hotel Darulmakmur iaitu Tepian Darulmakmur. Menjanjikan
kemeriahan dan kelainan untuk semua para pelanggan. Telah dibuka mulai 15 Oktober 2012 dan untuk peringkat awal ini akan beroperasi dari jam 7.00 petang hingga 12 tengah malam.
Pastinya menjadi produk kebanggaan warga tempatan dan tarikan pelancong amnya diatas jenama produk melayu dan islam. Serta menjadi tempat pilihan terbaik untuk warga Jerantut bersantai sambil menjamu selera, sambil menjalankan aktiviti tertentu tahniah pada pihak pengurusan. Sebarang pertanya sila hubungi pihak Hotel Darulmakmur di talian 09-2662552 untuk maklumat lanjut atau tempahan makan /acara dan sebagainya.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.