MAIN MENU

Footer Pages

23 Sep 2012

TAMAN I CITY JERANTUT

Taman I-City Jerantut terletak di tengah-tengah pusat bandar Jerantut. Sesuailah kalau nak beriadah dan bersantai-santai di hujung minggu bersama keluarga dan anak-anak, lepak-lepak diwaktu malam kalau berasa bosan tu... :)

Penting juga kalau kita sama-sama dapat menjaga kebersihan bagi menjamin keselesaan pengujung yang lainnya... Cubalah ringan-ringankan sikit tangan pergi membuang sampah sarap ditempat yang telah disediakan. Mungkin juga pihak bertanggugjawab dapat menyediakan tong sampah bersaiz kecil ditempat-tempat yang sesuai dan di kutip semula secara tetap disetiap masa.

Terkadang ada juga permandangan sumbang di taman i icty  ini bagi mereka yang bukan suami isteri yang suka duduk berdua-duan di dalam gelap.. memang sumbang mata kita kalau melihatnya :( kena ingat sama perbuatan anda tetap ada orang yang melihat dan memandangnya. Gamak penting juga JAIP sesekali turun padang :) bagi membendung perkara seumpama ini.

AAP- Apapun bagi penulis tetap berbangga dengan kesungguhan pihak berkuasa tempatan Majlis Daerah Jerantut diatas daya usaha mereka bagi membangunkan taman i city  ini. Cuma satu dua perkara kecil perlu ditambah baikan lagi bagi menjamin keselesaan pengujung dimasa-masa akan datang.

 * Gambar Ehsan Jerantut Kampung ku

Wassalam, Wa'allahhualam.

5 ulasan:

  1. memang lawo wehh.... tapi bawoh tu mencacatkan segalanya huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalahnya ada yang malas membuang sampah main tinggal aje...

      Padam
  2. haha sampah mentaliti tahap kambing

    BalasPadam
  3. salam encik Yassin...
    cantik bndar Jerantut ngan kerlipan cahaya lampu yg berwarna warni.. arap2 pengunjungnya tahu menilai sesuatu yg berharga ni... :)

    BalasPadam
  4. Wmsalam Hida, betul tu kena ada jati diri jugakan :)

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.