MAIN MENU

Footer Pages

11 Sep 2012

TAMAN GELORA, KUANTAN PERLUKAH DITUKAR NAMANYA?

Maksud 'gelora' ini membawa beribu pengertian macam-macam perkara boleh dimaksudkan dan diandaikan... Namun terkadang ianya lebih bermaksud pada sesuatu yang tidak baik atau tidak bermoral. Jika dirujuk pada perbuatan dan nafsu sememang sesuatu perbuatan yang tidak baik. Jika dirujuk pada kamus dewan banyak sebenarnya definasi GELORA ini antaranya : 

1. Kocakan air laut yang sangat hebat; gerakan gelombang yg besar serta dgn kencangnya. 2  musim ~ musim hujan dan angin ribut yg kencang; musim hujan lebat serta banjir: Dlm musim ~, mereka tidak berani turun ke laut. 3 ki perasaan yg tidak tenang; perasaan yg sentiasa bergolak. bergelora 1 berkocak dgn hebatnya (ttg air laut); bergelombang besar Berasa sangat gelisah; bergolak dgn hebat (ttg perasaan); berkobar-kobar (ttg semangat). menggelorakan menyebabkan perasaan menjadi bergelora; mengobarkan semangat dan juga membawa maksud perasaan hati yg bergolak-golak atau perasan yang begeloran dek kerana nafsu.

Laporan berita boleh dirujuk DISINI

AAP - Moralnya terbukti juga maksud 'GELORA'  ini membawa sesuatu pengertian yang tidak baik. Berita dan cerita seperti diatas kerap kali dipaparkan didada akhbar yang dikaitkan dengan taman gelora ini. Apakah ada juga pengaruhnya? Sama-sama kita renungkan. Teringat juga nama sebuah pantai "Pantai Cinta Berahi" kini telah ditukarkan nama Pantai Cahaya Bulan, mungkin maksud "berahi" itu sendiri membawa pengertian yang tidak baik. Jadi sebaiknya nama "Gelora"  ini perlu juga ditukar namanya agar tidak jelas dengan maksud yang telah di maksudkan seperti diatas. Agak-agaknya apakah nama yang sesuai bagi mengantikan nama taman tersebut ? Sila tinggalkan cadangan dan komen anda dibawah.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

8 ulasan:

  1. memang kena tukar nama tu, nok kata laut ber gelora x le pulak, terus guna nama tanjung tembeling bende payahnya kan tu tanjung tembeling.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebaiknya ditukarkan yak tidaklah anak muda kita terus dilanda gelora aje kalau terus berkunjung ke sana yak...

      Padam
  2. eloklah tukor nama kalau dah asik ada adengan gelora kat situ, memalukan orang Pahang jerk!

    BalasPadam
  3. Sallam,
    Memang perlu di tukarlah kalau gitu
    gayanya, keh memang dari dulu kurang
    berkenan dengan nama gelora tu,
    memang mirip sangat kepada menda
    yang tak baik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepatutnya pihak berwajib boleh memikirkan perkara seumpama ini yak...

      Padam
  4. mungkin kena tukar nama kepada nama yang berkaitan dengan tempat tersebut

    BalasPadam
  5. kas cadangkan nama taman mastika

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.