Masa sudah berlalu dan zaman juga telah berubah... jika diimbau nostalgia zaman kanak-kanak sekiranya terjumpa duit syiling yang lama atau kotor mesti cepat-cepat kita pergi untuk mencuci dan mengilatkanya :) Kerana mungkin zaman kanak-kanak dahulu nilai bagi duit syiling 10sen, 20sen, apatah lagi 50 sen begitu besar nilainya dan amat berbeza di hari ini. Mungkin kanak-kanak di hari ini bagaikan sudah tidak menghiraukan lagi kalau terjumpa wang syiling yang kotor dan berkarat seperti ini. Disini jom kita lihat cara mudah untuk mengilatkan wang syiling tersebut. Sekiranya duit syiling ini terus di urusniaga di kedai, mungkin ada pekedai yang tidak mahu menerimanya :(
Cara mudah untuk kita mengilatkan duit syiling lama ini, caranya letakan wang syiling tersebut pada tanah yang bersuaian dan terus di putarkan dengan tumit kaki atau bahasa daerah disebut "menenyeh" dan diputar-putarkan dengan tumit kaki sehingga duit syiling tersebut menjadi berkilat. ( u/p : letakan sedikit tanah diatas duit syiling tersebut sebelum diputarkan dan buatlah berulang-ulangan) Perkara penting tanah mesti jenis yang bersesuaian berpasir halus tidak kasar dan meleket.
Dan inilah hasilnya... wang syiling tersebut menjadi bersih dan berkilat (sekiranya selagi lama anda "menenyeh" atau diputarkan dengan tumit kaki duit tersebut mungkin akan lebih berkilat.
Amaran : Proses ini mungkin tidak sesuai dilakukan pada peminat numismatik kerana sedikit sebanyak boleh menghilang keasilan syiling dan syiling akan menjadi calar dan rosak. Hanya sesuai untuk urusan jual beli dipasaran sahaja. Bukan untuk simpanan.
Selamat mencuba :)
Wassalam, Wa'allahhualam.
Ya Allah.betul2 teringat ni.pernah gak buat macam ni dulu.20sen tu sgt2 lah bernilai bag kanak2 zaman kite dlu.kalau skr, takat 20sen, x yah la, budak2 pun tau nilai x tinggi.huhu
BalasPadamTak sangka prosesnya mudah untuk mengilatkan duit syiling lama.
BalasPadamhahahah teringat zaman dulu, ginilah caranya tenyeh dgn tumit utk kilat duit lama :0
BalasPadamsalam Yassin..
BalasPadammau melecet tumit kaki
kalau koi yang buat..he he
ini cara yang paling berkesan dan senang.
BalasPadamkalau pergi camping pun, nak hilangkan jelaga kat buntut perik / kuali, lagi senang tenyeh pasir.
Kaedah yg snang tnpa perlu kluarkn modal
BalasPadam