MAIN MENU

Footer Pages

16 Sep 2012

KADAR MAS KAHWIN MENGIKUT NEGERI DAN WANG HANTARAN DI MALAYSIA



Dalam adat perkahwinan Melayu Islam di Malaysia, khasnya di Pahang terdapat dua jenis hantaran, iaitu mas kahwin dan hantaran perkahwinan (belanja hangus).

Mas kahwin, juga dikenali sebagai “wang belanja tubuh”, telah ditetapkan oleh jabatan agama Islam peringkat negeri, berbeza dengan hantaran perkahwinan.

Bayaran mas kahwin ini diwajibkan dalam agama Islam, manakala hantaran perkahwinan pula bersifat adat resam dan tidak ada kewajiban untuk membayarnya. Boleh dibincang-bincangkan mengikut persetujuan diantara kedua belah pihak.

AAP- Kalau mengikut kepada kadar wang hantaran diatas itu alamat ramailah yang akan membujang sampai ke tua :(  Kalau macam itu jadinya saranan kita juga tak yahlah orang perempuan ini berlajar cerdik-cerdik sangat kang tak pasal-pasal wang hantaran juga berubah... sudah ramai juga akan berstatus anak dara tua :(

Orang Pahang anak dara, andartu atau mak janda mas kahwin tetap RM 22.50 sahaja :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

6 ulasan:

  1. salam..
    koi dulu kahwin orang Kedah
    mas kahwin sekali dengan
    wang hantaran..boleh la
    beli gelang, rantai,subang
    dal pelbagai :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wmslam zul, org pahang mas kahwin dan wang hantaran dibeza dan diasingkan tak campor sekali.

      Padam
  2. salam..mohon share info ini..;)

    BalasPadam
  3. dulu katanya deme nok ribiu kadar mas kawen negeri pahang ni, siap ada bengkel ada kajian pasal.. sampai sekarang senyak je..

    ce tengok sini, http://arraubi.blogspot.com/2010/05/rumusan-kajian-ilmiah-kadar-mas-kahwin.html

    BalasPadam
  4. Hantaran itu, biarlah relevan ikut kemampuan. Silapnya kita ikut trend semasa, tak ikut kemamuan.
    Itu yang sampai anak dah 3 pun hutang untuk kawin saje tak selesai lagi...

    BalasPadam
  5. JADI DUDA LAGI BAGUS

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.