MAIN MENU

Footer Pages

27 Sep 2012

HEBAT ORANG PAHANG BERKHALWAT !

KUANTAN: Sebanyak 1,797 kesalahan jenayah syariah dicatat di Pahang dalam tempoh hampir sembilan bulan pertama tahun ini.Kesalahan khalwat dicatat paling tinggi dengan jumlah sebanyak 948 kes, diikuti berjudi (677 kes), tidak menghormati bulan Ramadan (62), kesalahan meminum minuman memabukkan (39), perbuatan tidak sopan di tempat awam (11) dan kesalahan-kesalahan lain (60).

Menurut Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Wahid Wan Hassan, MUIP akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan bagi membanteras gejala sosial daripada terus menular.

"MUIP akan mempertingkatkan kerjasama bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam membanteras kesalahan jenayah syariah membabitkan penganut agama Islam di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pemahaman Undang-undang Kesalahan dan Tatacara Jenayah Syariah Pahang di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya kini sedang melantik pegawai-pegawai masjid di sebagai penguatkuasa dalam usaha memantapkan lagi penguatkuasaan kesalahan jenayah syariah.

Sementara itu Ketua Penolong Pengarah Kanan Penyelaras Undang-undang Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yahya Mohd Zin berkata bengkel selama tiga hari bermula hari ini itu bertujuan mempertingkatkan lagi pengetahuan undang-undang jenayah syariah di kalangan umat Islam dan penguatkuasa agama.

"Menerusi bengkel ini, kita nak bagi penjelasan kepada semua pihak termasuklah pegawai masjid, imam, siak makna tentang hal berkaitan penguatkuasaan.

"Dari segi undang-undangnya dari tahap mana dan apa yang perlu dibuat apabila sudah ada tangkapan dan apa yang perlu buat selepas itu mengikut enakmen kesalahan syariah dan enakmen tatacara jenayah syariah di Pahang," katanya.

Beliau berkata menerusi bengkel berkenaan, penguatkuasaan kesalahan jenayah di negeri ini diharap akan lebih efisien. - 26.09.2012 Bernama

AAP- Sememang memalukan sepatutnya penguatkuasaan dan tindakan tegas amat perlu di tingkatkan... jangan sekadar menunggu laporan sahaja. Sepatutnya situasi ini terus dipantau dan diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa. Sekiranya pasangan tersebut boleh dituduh dan di dapati berkhalwat.

Terkadang terfikir juga apakah kerana dendanya tidak bersepadanan dengan kesalahan yang dibuat atau tiada penguatkuasaan yang tegas daripada pihak berwajib... Apakah dek kerana kelemahan pihak penguatkuasaan itu sendiri... sudahnya kes seumpama ini amat berleluasa di negeri ini. Sesamalah kita berusaha dan berdoa semoga kita tidak diuji sama akan perkara seperti ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

6 ulasan:

  1. Sallam En Yassin

    Ni pendapat peribadi kakmah
    Kerajaan patut tubuh unit khas untuk memantau kegiatan begini, jangan bagi peluang pelaku melakukannya, buat rondaan,pantau setiap tempat yang disyaki, jangan duduk diam, dah jadi baru nak lapur dalam akhbar, buat memalukan aja.

    Hukuman juga perlu di beratkan lagi, setiap pesalah mesti di masukkan ke pusat pemulihan akhlak, tak kiralah budak lepasan sekolah ke, ayah orang ke, mak orang ke, jangan seorang pun terlepas dari hukuman ini. munkin dengan hukuman ini, mereka akan fikir 2 kali kalau nak buat.

    Setuju tak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya... setuju 100% Kak Mah, penting juga jika dikenakan denda lebih berat.

      Padam
  2. Dari sudut yang lain, saya nak ucap TAHNIAH kepada JAIP yang melaksanakan amanah penguatkuasaan.

    BalasPadam
  3. Kas juga setuju dengan Hisyam Muhibah..

    BalasPadam
  4. Ya... yang baik tetap baik kerana telah menjalankan amanah penguatkuasaan... kalau dibiarkan lagi haru....

    BalasPadam
  5. Salam Yassin..
    banyak hutan di Pahag yang jadi
    saksi puok ni berkhalwat..buat
    malu je wehhh :(

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.