MAIN MENU

Footer Pages

14 Sep 2012

APA SALAHNYA RAMBUT BERUBAN ?

Kalau kita perhatikan kebanyakan kaum lelaki apabila berumur 40-an mulalah rambut beruban. Ianya menunjukan seseorang itu sudah pun berumur dan matang. Kalau nak mengorat pun kena fikir dua kali, kerana sudah tentu anak dara akan memanggil kita pakcik.

Mengikut kajian terbaru Museo Nacional de Ciecias Naturales, Sepanyol uban di kepala adalah lambang kesihatan diri. Ketua penyelidik Ismael Galvan menerangkan individu beruban mempunyai tubuh yang lebih sihat berbanding dengan individu lain. Lebih dari itu, uban juga menunjukan pemiliknya memiliki umur yang panjang berbandingkan individu lain terutama yang beramabut perang.

Kajian yang diterbitkan dalam web ‘Time of India’ turutmenjelasakan bahawa memiliki rambut perang akan mendedahkan individu kepada risiko serangan kenser dan kerosakan sel. Sedangkan rambut beruban akan melindungi individu daripada kerosakan oksisatif.

Menurut hasil kajian The Journal of Investigative Dermatology pula yang dibentangkan pada tahun 2005, manusia berkulit putih akan mengalami rambut beruban pada usia pertengahan 30, orang Asia pula akan mengalami rambut beruban pada lewat 30-an manakala bagi golongan berkulit hitam pula mampu mengekalkan rambut mereka tanpa beruban sehingga ke usia pertengahan 40!

Berikut adalah beberapa faktor yang mempengaruhi warna rambut:

Faktor usia : Perubahan pada warna rambut seseorang berlaku biasanya apabila seseorang itu telah meningkat usia. Kajian di Eropah mendapati bahawa kira-kira 40 peratus orang Eropah telah mula mengalami masalah rambut beruban pada usia 40 tahun.

Genetik : Perubahan pada warna rambut seseorang adalah bergantung hampir keseluruhannya kepada faktor genetik. Dua jenis gen yang bertanggungjawab dalam menentukan proses perubahan warna rambut seseorang iaitu Bcl2 dan Bcl-w. Perubahan pada warna rambut ini berlaku apabila melanin (pigmen warna) berhenti daripada dihasilkan pada akar rambut. Dan ini menyebabkan rambut seterusnya yang muncul akan tumbuh tanpa pigment melanin.

Kekurangan vitamin B 12 : Kekurangan vitamin B 12 akan mengurangkan pembentukan melanin. Masalah ini biasanya dialami kepada sesetengah golongan seperti kepada ibu-ibu yang mengandung di mana mereka mudah untuk mengalami kekurangan vitamin B 12 dan zat besi di dalam tubuh.

Faktor-faktor lain : Kajian yang dijalankan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami 4 kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban! - Sumber asal :  lipis-zaini.blogspot.com

Sabda Rasulullah s.a.w,
“Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.”
  
(HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan) - Sumber by Google

Moralnya - Jangan sesekali mencabut uban dikepala anda... apa salahnya rambut beruban banyak kelebihan beruban ini. Setidak-tidaknya menunjukkan kita sudah matang dan paling penting mungkin kita sudah berada diwaktu asar yang bakal menjelang waktu maghrib. U/p Penulis dah lama beruban semasa lahir lagi... :) jadi tidak hairan dengan uban ini :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

9 ulasan:

  1. Salam kenal, kita sesama anak Pahang. Mungkin tersalah fakta kot...anak dara sekarang lebih suka lelaki beruban sbab matang dalam segala2nya dan paling penting poket penuh.

    BalasPadam
  2. mmg betul kadang sampai umo 50 pun blm ada uban lagi & ada yg umo 20an dah beruban mngkin atas faktor makanan atau keturunan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang hok yang beruban nie makan hensem yak :)

      Padam
  3. lama tak nyinggoh dah beruban lalu rambut aok yek bang yassin hehehe. gurau je jangan maroh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oit... koner ngilang weh lama benor bertape :)

      Padam
  4. Setengoh orang saje de kaler putih ranto celoh telinge ter...Tak sabo nok beruban gamoknye...:-)

    BalasPadam
  5. salam..
    ade juga selai dua
    rambut koi uban nih :)

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.