Gambar Sekadar Hiasan
KUANTAN 16 Ogos - Memeranjatkan! Semua restoran
mamak atau India Muslim di negeri ini tidak mempunyai sijil halal kerana
gagal memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Perkara ini disahkan sendiri oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama
Islam Pahang (JAIP) , Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz kepada pihak media
sebelum melaksanakan operasi Ops Mamak di beberapa lokasi di sekitar
bandar ini semalam. Menurut Mohd. Ghazali, permohonan mereka tidak dapat diluluskan
kerana gagal mengikut garis panduan yang ditetapkan JAIP atau agensi
berkaitan."Walaupun terdapat pemilik restoran mamak yang memohon untuk mendapatkan sijil berkenaan, mereka gagal kerana tidak mematuhi aspek kebersihan dan kesucian mengikut syarak termasuk penggunaan bahan masakan yang diragui.
"Malah, mereka juga gagal hadir menyertai kursus-kursus yang ditetapkan agensi berkaitan seperti JAIP, Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bagi mendapatkan sijil halal," jelasnya.
Katanya, terdapat juga restoran yang sengaja menggantungkan ayat-ayat suci al-Quran dan memakai kopiah bagi mengaburi mata pelanggan di kalangan umat Islam sedangkan mereka bukan muslim.
"Umat Islam akan mudah terpengaruh dengan elemen tersebut dengan memilih restoran terbabit sedangkan ada di antara mereka tidak pernah langsung memohon sijil halal. "Justeru, Ops Mamak ini dilakukan bagi memberi pendidikan kepada pengusaha restoran mamak agar membuat permohonan dan sekali gus mempamerkan logo halal di premis mereka," jelasnya.
Dalam pada itu, Ops Mamak dilakukan selepas mendapat aduan daripada orang ramai kerana terdapat pelbagai laporan negatif berhubung operasinya terutama dalam aspek penyediaan makanan.
"Pelbagai aduan diperoleh, tambahan pula restoran mamak paling mendapat perhatian di kalangan masyarakat terutama umat Islam.
"Oleh itu, JAIP mengambil pendekatan membuat pemeriksaan dan menasihati mereka supaya memohon sijil halal. JAIP juga akan melakukan pemantauan secara berterusan," ujarnya. Sumber Utusan Malyasia
AAP - Mikir panjang kalau nak mengetea disana :(
Wassalam, Wa'allahhualam.
Jerantut banyak kedai mamak..
BalasPadamKena lepak kedai lain la pulak :)
Padamslmt hari raya maaf zahir & batin bro :)
BalasPadamDa tak.. yg buleh jelas kn pd saya...
BalasPadamStatus halal kt tempat berikut ;
1- mee kari (kedai cina) kat TC aka teluk chempedak.
2- Cherating Steak house
3- Pook soo seafood kt balok...
Ada kah depa ni... dapat sijil halal dr jakim...
Ataupon tidak.
Kena serahkan pada pihak berwajib utk menentukannya. Jabatan Agama Islam Pahang khasnya.
Padam