MAIN MENU

Footer Pages

28 Ogo 2012

Sabarlah Menempuh Kehidupan : Lima Jenis Sabar Yang Perlu Ada Dalam Hidup


Mengungkap perkataan sabar di bibir terlalu mudah untuk dilakukan berbanding melakukannya secara zahir. Setiap perkara atau tindakan yang dilakukan oleh manusia menuntut rasa penuh sabar kerana itu mengukur sejauh mana ketakwaan dan keredhaan kepada Allah S.W.T.

Sabar itu bererti menahan dan menanggung diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh Allah S.W.T serta menahan diri dari melakukan sesuatu yang disukai oleh nafsu yang membolehkan betapa murkanya Allah S.W.T kepada kita.

Mempunyai nilai sabar itu adalah senjata utama yang terpenting dalam hidup manusia. Sabar terhadap ujian dan dugaan oleh Allah S.W.T seperti kematian, kemiskinan, kesakitan, bencana alam adalah kayu pengukur sejauh mana kita beriman kepada Allah S.W.T. Melalui ujian-ujian seperti itulah membolehkan kita bersabar dan secara langsung kita boleh mengatasi ujian dan mengecapi kejayaan.

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung,” – Surah Ali-Imran; 200.

Para cendiakwan dahulu kala membahagikan lima jenis sabar yang perlu diamalkan oleh manusia dalam hidup.

Sabar yang pertama, sabar terhadap kesusahan dan bencana yang diturunkan kepada manusia juga di kalangan para nabi. Di dalam Al-Quran, sabar dalam bentuk ini termasuklah sabar kepada kefakiran, kelaparan, kesakitan, ketakutan, kehilangan jiwa atau kehilangan harta benda.

Sabar Kedua, sabar terhadap keinginan nafsu yang diuruskan oleh syaitan. Antaranya, sabar atas tarikan dan tututan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menuntut perasaan marah.

Sabar ketiga, Sabar terhadap kemewahan adalah bentuk sabar yang ketiga. Ia bermaksud sabarlah sekiranya orang lain mengecapi kemewahan sedangkan diri kita tidak kaya.

Sabar Keempat, sabar terhadap ketaatan kepada Allah S.W.T yang sememangnya terlalu banyak halangan untuk dilaksanakan. Manusia perlu sabar untuk berlaku taat kepada Tuhan kerana nafsu itu tabiatnya liar selain syaitan suka menggerakkan jenteranya untuk membuatkan manusia lupa dan malas untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.

Sabar Kelima, sabar yang terakhir adalah sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah S.W.T. berdakwah ke jalan Allah S.W.T adalah satu tindakan yang suci dan murni. Berdakwah ke jalan Allah S.W.T pastinya akan mendapat tentangan dari pihak-pihak tertentu kerana cuba menyampaikan perkara yang benar kepada manusia. Bahkan, Nabi Muhammad dahulu juga terpaksa bersabar apabila kaumnya sendiri menolak ajaran Islam yang cuba disampaika oleh dirinya.

Justeru itu, menetapkan rasa sabar dalam diri adalah perkara yang sukar untuk dilakukan jika kita tidak istiqamah dalam beribadah ke jalan Allah S.W.T. maka, setiap manusia itu perlu untuk belajar bersabar demi mendapatkan keredhaan dan ketakwaan dari Allah S.W.T. Sumber : mynewshub.my

AAP - Semoga kita sama-sama dapat bermuhasabah diri dan mengenali erti kesabaran dan Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Yang pastinya Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya itu sendiri.

Wassalam, Wa'allahhualam.

3 ulasan:

  1. Tenteramlah duhai hati diiringi solat dan sabar..

    BalasPadam
  2. payahnya nak mengendalikkan benda yg bernama marah supaya menjadi penyabar :)

    BalasPadam
  3. ,..memang sebuah kesabaran itu sangat sulit dilakukan dari pada hanya di ucapkan denganlisan...tapi,walaupun begitu saya sangat berterimakasih kepada pemilik blok ini...akhirnya dgn ini aq jadi tambah pengetahuan...jazakumulloh ahsanal jaza'.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.