KUANTAN:11 penumpang cedera, tiga daripadanya parah, apabila dua gerabak kereta api yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan tergelincir di Merapoh dekat Lipis, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hasan berkata, dua daripada 14 gerabak kereta api Ekspres Wau itu tergelincir kira-kira 11 kilometer selepas Stesen Keretapi Merapoh pada jam 6.30 pagi.
Katanya, tiga mangsa yang parah dan lapan cedera ringan itu dihantar ke Hospital Gua Musang, Kelantan untuk rawatan lanjut dan identiti kesemua mangsa belum diketahui. Beliau berkata, gerabak yang tergelincir itu ditinggalkan di tempat kejadian sebelum kereta api itu meneruskan perjalanan ke Tumpat lebih kurang dua jam kemudian. Abdul Razak berkata, punca kejadian masih dalam siasatan. - BERNAMA Sumber : Bharian
Berita berkaitan :
TERBALIK... dua gerabak tergelincir di Kampung Sungai Yu, dekat Gua Musang.
Gua Musang: “Kami tidak ingat perkara lain kecuali mati selepas terpelanting beberapa kali dalam gerabak yang terbalik,” kata Nor Hazliza Mohd Noor, 22, seorang daripada hampir 100 penumpang yang terperangkap dalam dua gerabak kereta api Ekspres Wau yang terbalik, awal pagi semalam.
Kejadian jam 6.45 pagi itu berlaku di Kampung Sungai Yu antara Stesen Kuala Lipis dengan Gua Musang ketika Ekspres Wau dari Kuala Lumpur ke Tumpat dalam perjalanan membawa hampir 1,000 penumpang menaiki 14 gerabak untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung.
Dipercayai dua gerabak penumpang kelas satu dan gerabak tempat tidur yang dinaiki hampir 100 penumpang terletak di bahagian belakang terputus dari sambungan gerabak depan, menyebabkannya tergelincir sebelum terbalik di tepi bukit.
Seramai 11 penumpang cedera, lapan lagi parah, termasuk seorang luka di muka manakala dua lagi patah tangan dan patah pinggang, dan dikejarkan ke Pusat Kesihatan Merapoh untuk rawatan.
Pemandu yang menyedari dua gerabak penumpang belakang terputus terpaksa memberhentikan kereta api terbabit sejauh hampir satu kilometer sebelum mengundur semula ke tempat kejadian bagi menyelamatkan penumpang dalam gerabak terbalik itu. -HM
Wassalam, Wa'allahhualam.
begitulah hidup ini .. kalau tidak mengikut landasan akan tergelincir dan ketinggalan.
BalasPadamSokong TH... kalau duk ingkut orang aje boleh juga tergelincirkan... :)
Padam