MAIN MENU

Footer Pages

23 Ogo 2012

Gantung Patung Belakang Kereta Jejas Akidah


Sudah tentu ramai di luar sana pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah pehadang belakang (bawah bumper belakang) kereta. Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.

Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di jalanraya tempat berlakunya kemalangan. Tujuan utama pemandu-pemandu di Thailand menggantungkan patung di bawah kereta mereka kerana takut di ganggu oleh roh si mati terutamanya roh kanak-kanak yang mati dalam kemalangan.

Jadi mereka memasang anak patung pada pehadang belakang kereta, supaya roh kanak-kanak tenang. Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thailand yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka. Namun, sebagai umat Islam, kita harus sedar dengan isu sebegini.

Firman Allah, mafhumnya: Maka barang siapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta.” (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah s.w.t.

Walaupun perkara seperti ini ada yang menyatakan karut dan mereka lebih mengikut trend yang sentiasa berubah-ubah mengikut zaman, adakah mereka pernah terfikir Al-Quran yang tak pernah luput dek zaman dengan di bandingkan dengan trend yang sentiasa bertukar. Renung-renungkan. – MyNewsHub

AAP - Mungkin ada diantara kita terkadang suka mengikut perkara yang bukan-bukan dan sia-sia tanpa usul periksa main ikut aje :( ... sudahnya tidak tahu perkara tersebut boleh menjejaskan akidah kita sendiri. Moralnya perbuatan yang sia-sia, yang boleh menjejaskan akidah seumpama ini usahlah diikut dan dibuat.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

11 ulasan:

  1. org kita suka sangat main ikut je, apa org luar buat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nielah masalah besor orng kita nie... sudah nampok ngat ke peningnya :(

      Padam
  2. oooo mcm tu ek..
    tu ar heran jg ramai yg gntung patung kat bawah keta..
    aku pun tertanya2 kenapa ek???
    rupanya dah tau dh pasai paa..
    biasalah masyarakat kita ni yg mudah terikut2 dan tpgaruh dgn keadaan sekeliling... hurmm ntah pape jer...

    BalasPadam
  3. baru sya tahu, sebelum ni sya hairan jugak pasal apalah diorang dok gantung gantung anak patung tu

    BalasPadam
  4. Orng kita ni amat senang meniru apa yg org lain buat tanpa usul periksa, hinggakn tak sedar ia brtentangan dgn Islam.
    Apapun trm kasih atas post yg mmberi pengetahuan ini.

    BalasPadam
  5. ini ilmu yang bermanafaat. Terima kasih sahabat..

    BalasPadam
  6. Jadi syirik sebab ada niat lain...

    BalasPadam
  7. salam..
    bab khurafat nih memang
    mudah orang ngikut..
    macam-macam la :(

    BalasPadam
  8. Orang kite ni mudoh ngikut ngat...

    BalasPadam
  9. itu lah orang melayu yang beragama islam..sebelum hendak buat carilah ilmu sikit..sekadar memberi pendapat je..heheh

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.