Sebanyak 65 peratus wanita yang disurvei mengatakan, minat mereka boleh hilang pada lelaki yang hanya mementingkan penampilan secara fizikal. Sementara bagi 86 peratus wanita, angkuh dan suka
berlagak cool adalah sifat lelaki yang paling membuat mereka jengah.
Hanya satu daripada empat lelaki dengan badan berotot yang mampu menarik perhatian wanita, sementara lelaki yang punya sikap ramah dan bersahabat dilihat wanita sebagai seorang yang lebih seksi.
Kesimpulannya, hampir 99 peratus wanita akan lebih memilih lelaki kelakar dengan tingkah laku baik berbanding lelaki berpenampilan sempurna namun angkuh.
Kenapa wanita lebih tertarik lelaki kelakar? Menurut kajian yang dilaporkan cnn, lelaki kelakar dianggap lebih bijak berbanding lelaki yang kurang kelakar. Hasil survey tersebut diumumkan di British Psychological Society Annual Conference di Brighton, Inggeris.
"Wanita secara aktif mencari tanda-tanda yang menunjukkan lelaki mereka bijak. Saya yakin, kemampuan menangani situasi dengan sedikit lawak dan boleh membuat orang tertawa adalah ciri-ciri orang yang bijak," ujar Kristofor McCarty, penyelidik dari Northumbia University di Newcastle, Inggeris.
Kajian yang dilakukan McCarty meminta 45 wanita berusia 18 hingga 30 tahun untuk membandingkan bermacam cara lelaki mendeskripsikan tentang diri mereka. Dari 20 keterangan, responden mesti mengelompokkan mengikut kategori; lelaki yang menurut mereka sesuai jadi teman, dijadikan kekasih untuk jangka panjang, kejujuran dan kepintaran.
Hasilnya, terungkap bahawa lelaki yang menulis keterangan terlucu lebih banyak dipilih sebagai calon kekasih mereka untuk jangka masa panjang. Penelitian tersebut juga menunjukkan, semakin bersifat menyenangkan, lelaki semakin kelihatan pintar dan jujur di mata wanita.
AAP - Jadi tidak mustahil lelaki yang suka berlawak dan berjenaka mendapat tempat di hati orang perampuan. :) kalau smart aje tak cukup ... muka kelat semacam aje... tak de lawak tak maknanya juga.. tak kenan dek orang :( yang penting hati senang fikiran lapang :) sebab ceria sokmo :)
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.