MAIN MENU

Footer Pages

12 Dis 2011

SORRY... DAH LUPALAH NAMA AWAK....

Anda mempunyai masalah mengingat nama kenalan? Perkara ini tentunya menyebabkan situasi canggung ketika ingin berkomunikasi dengan seseorang yang sebenarnya anda mengenalinya, tetapi anda tak mampu mengingati namanya. :(

Pakar memori Tony Buzan, pengasas World Memory Championships, mengatakan, awalnya, nama direka secara sederhana agar mudah untuk diingat  atau ingatlah nama timbangan mereka dahulu jika ada.

Namun, untuk mengingati nama seseorang di masa kini, anda perlu mendalami kembali konsep gambar dan persatuan. "Anda perlu membuat gambar yang menarik di kepala anda yang berkaitan dengan orang baru anda temui." katanya, seperti dilapurkan dari Daily Mail.

Kemudian, gunakan memori untuk meningkatkan kemampuan mengingat fakta. Ini adalah lima tip Buzan untuk mengingati nama seseorang.

1. Cari Ciri-ciri Khas
Pilihlah ciri-ciri fizikal yang khas dari orang tersebut, dan cuba untuk menghubungkannya dengan nama orang tersebut di kepala anda.

Contohnya, jika anda bertemu dengan seseorang bernama mirip dengan salah satu tokoh yang terkenal seperti Ismail, bilang pada diri sendiri bahawa dia adalah Gatot Kaca. "Tapi, anda harus menjaga aosiasi tersebut untuk diri sendiri dan tetap di dalam fikiran anda," ujarnya.


 2. Mengasosiasi nama dengan gambar
Pilih ciri yang membezakan seseorang, sambungkan nama dengan pekerjaan atau ingat bagaimana mereka berbicara. Atau, buat catatan di dalam otak anda tentang detail wajah mereka, tingkah laku mereka, suara, parfum, atau apa-apa yang menonjol daripada mereka.

Dengan memperhatikan ciri-ciri multi-deria seseorang dan menghubungkan mereka dengan nama, anda sedang mencipta persatuan yang lebih dalam di dalam otak anda dan memperkuatkan ingatan.

Contohnya, jika anda bertemu dengan seorang bernama Arthur, mungkin anda boleh bayangkan dia sebagai King Arthur. Beberapa orang suka teknik ini.

3. Ulangi Namanya
Jika anda diberitahu sebuah nama, ucapkan semula nama tersebut. Anda boleh bertanya sama ada pengucapan anda benar. Pengulangan adalah kunci untuk memori yang baik. Nama tersebut pun akan membekas lebih dalam dalam bank ingatan anda.

Jika nama tersebut sangat mudah untuk diucapkan, anda boleh berpura-pura tidak mendengarnya dan meminta orang tersebut mengulangnya kembali.

Setelah perbualan berakhir, pastikan anda menyebut nama mereka ketika anda mengucapkan selamat tinggal. Ini tidak hanya sebuah teknik memori, tetapi juga trik sosial yang baik.

"Meskipun demikian, jangan mengulang nama mereka terlalu kerap. Tidak lebih dari tiga kali adalah peraturan praktikal. Jika tidak, anda akan nampak aneh," katanya.

 4. Tanya Soalan atau Komen
Setelah berkenalan atau menerima kad namanya, akan berikan komen. Misalnya: "Kimi? Nama-nama yang menarik!" atau eja namanya dengan kalimah, "Ejaan yang sangat menarik, Re-beck-a."

Membicarakan soal ejaan nama membantu anda mendapatkan gambaran visual dari huruf-huruf yang membentuk namanya. Atau, jika mereka mempunyai nama menarik, anda boleh bertanya erti namanya.

Dan ingat, idea ini untuk meningkatkan memori anda terhadap nama dan wajah, bukan untuk membuat seseorang tidak selesa bercakap dengan anda. Pilih teknik dengan bijak dan di waktu yang tepat.

"Tentu saja ini hanya akan bekerja jika mereka mempunyai nama yang tidak boleh." ujar Buzan.

5. 
Nutrien Otak
"Meningat nama bukan hanya memerlukan latihan otak, tetapi juga gabungan daripada diet, aktiviti fizikal, dan permainan memori," ujarnya.

Untuk mendapatkan kekuatan ingatan yang baik, selalu jaga pola makan dan tambah suplemen minyak ikan pada pengambilan anda. Di dalam tubuh yang sihat, tentu ada fikiran yang sihat. Sumber asal : VIVAnews.


AAP - Mungkin dek kerana dah terlalu lama tidak berjumpa... sudah namanya kita dah lupa juge :( 


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

4 ulasan:

  1. Relevan - Kena bawak mimpi dulu kut boleh ingat yak :)

    BalasPadam
  2. salam..
    payoh juga kaedah nya
    yak..?koi ingat mudah je...
    he he..

    www.zulkbo.com

    BalasPadam
  3. Assalam..
    Zaman remaja dulu, semua boleh ingat dan hafaz segala nombor, nama tapi...
    Masa saya jadi guru ganti dulu, memang jadi masalah nak ingat nama pelajar...pelajar yang menonjol dan nakal je saya boleh ingat nama...memang bermasalah.

    Lelaki Kacak Suma Membaca|Teratak Usang

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.