MAIN MENU

Footer Pages

6 Dis 2011

Kenali Gejala Sindrom Carpal Tunnel. Jari-jari terasa kebas setelah berjam-jam menggunakan komputer.

Anda mungkin sering mengalami rasa kebas dan lenguh di bahagian jari jemari dan pergelangan tangan, selepas menggunakan komputer riba atau komputer dalam masa yang lama. Ini boleh jadi simtom kalau anda sedang mengalami sindrom carpal tunnel (ruang di pergelangan tangan).

Gejala awal sindrom ini menurut dr Vijay Shetty, seorang ahli ortopedik, adalah mati rasa di jari-jari setelah seharian bekerja. Perkara ini boleh dialami sesiapa sahaja, baik lelaki mahupun wanita.

"Pemicu utamanya adalah bekerja menggunakan komputer riba dan komputer, kerana membuat anda berjam-jam menekan keyboard. Gejala ini biasanya muncul pagi hari, "kata dr. Vijay, dipetik dari healthmeup.com

Ketika kedudukan pergelangan tangan tidak betul semasa menaip, dan tidak disangga dengan baik maka akan menyebabkan tekanan pada saraf. Hal inilah yang menyebabkan sindrom boleh muncul. Ada juga penyebab lain, iaitu hipotiroidisme, diabetes, obesiti dan arthritis.

Ada dua perkara yang membuat seseorang boleh mengalami sindrom ini, iaitu:
1. Ketika saraf di carpal tunnel membengkak dan tidak ada ruang di dalamnya.
2. Ketika carpal tunnel mengencang, tanpa menyimpan ruang untuk saraf. Ini menyebabkan tekanan pada saraf dan rasa sakit mati rasa pada ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

Termasuk, sakit di pergelangan tangan. Kadang-kadang, sindrom carpal tunnel juga boleh menyebabkan kelemahan pada tangan.

Pencegahan
"Pencegahan jelas lebih baik daripada mengubati. Ini boleh membantu mencegah bukan hanya sindrom carpal tunnel, namun gangguan lain yang berkaitan dengan keadaan seperti sakit belakang," kata dr. Vijay.

Cara lain untuk mencegahnya adalah dengan memainkan pergelangan tangan secara teratur, tiap 30 minit. Termasuk, merehatkan tangan di celah-celah menaip selama kira-kira lima minit.

Diagnosis perubatan, untuk mengetahui simtom ini secara terperinci adalah dengan melakukan ujian elektrofisiologi. Proses ini menggunakan elektrod yang diletakkan pada pelbagai kawasan dalam tubuh, tempat rangkaian yang dikesan menghadapi haus.

Sedikit petua kata orang bagi mengelakan jari jemari terasa kebas, cuba anda lumurkan bedak talkum pada jari anda yang kebas-kebas tu. Kalau jari anda berasa kebas jer, cepat-cepatlah lumurkannya dengan bedak. Sambil menyapu dan mengosoknya. Jika tidak berpanjangan jari jemari anda akan hilang daripada rasa kebasnya :)

Moralnya jangan terlalu lama mengadap dan menaip di labtop atau di PC anda. Bawak-bawak berehat sikit:) 


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

4 ulasan:

  1. hmmm macam dah kena ni..rasa sengal& lenguh bahgian jari & prglangan tgn

    BalasPadam
  2. kena pastikan ruang kerja tu ergonomik

    BalasPadam
  3. salam..
    bahaya juga nih ye..kena
    berpada juga yak..lepas sejam
    bangun bergerak sedikit..kalau
    2-3 jam mengadap mau beku darah
    koi rasa :)



    www.zulkbo.com

    BalasPadam
  4. huh kome dah jg sikit gejala ni
    kena perpada-pada tu



    anakulucheka.com

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.