MAIN MENU

Footer Pages

2 Dis 2011

ISYARAT WIFI BOLEH MENYEBABKAN KEMANDULAN !


BUENOS AIRES - Kajian saintifik baru-baru ini spekulasi bahawa laptop yang disambungkan secara wayarles ke internet, dan diletakkan di paha dekat dengan testikel dapat menurunkan tingkat kesuburan lelaki.

Avendano, Mata, Sanchez Sarmiento, dan Doncel, adalah empat saintis Argentina yang melakukan kajian tersebut dengan meletakkan sperma sihat di bawah laptop yang disambung pada WiFi.

Setelah empat jam, sperma yang terpapar isyarat Wi-Fi tersebut menunjukkan penurunan ketara dalam kemampuan sperma bergerak maju, juga peningkatan fragmentasi DNA. Keadaan tersebut sangat berbeza bila dibandingkan dengan sperma sihat yang disimpan dalam masa dan suhu sama, namun jauh dari komputer.

Dilapurkan melalui International BusinessTimes, Rabu (30/11/2011), keadaan tersebut menunjukkan sperma terdedah kepada WiFi, akan mengalami penurunan kemampuan gerak menuju sel telur, dan jika mampu membuahi pun, sperma tersebut hanya mempunyai sedikit DNA lelaki.

Sementara itu, sebuah ujian berasingan menunjukkan bahawa meletakkan sperma di dekat komputer (tanpa WiFi) tidak menyebabkan kerosakan yang sama.

Moralnya berhati-hati.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

5 ulasan:

  1. cikgu da pernah bg thu dulu, kalu letak laptop kat atas peha mmg bahawa utk lelaki...

    http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2011/12/cabaran-kerja-berkumpulan.html

    BalasPadam
  2. salam Yassin..
    pulak dah..koi baru
    je tukar wi fi baru nih
    adehhh...


    www.zulkbo.com

    BalasPadam
  3. Zul wmsalam, moralnya jgn bubuh atas ribe labtop tu :)

    BalasPadam
  4. Biar betul...nasib baik dah beranak..hahaha...sapa yg tak kawen lagi jaga-jaga...jgn pakai wifi..pakai LAN cable tau...

    Marine Essence beauty Bar -Kecantikan Wajah dan Ku...

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.