MAIN MENU

Footer Pages

18 Dis 2011

Gambar : Taufan Washi Badai Selatan Filipina, Lebih 400 penduduk terkorban beribu hilang.

 
 
 
 

 
 
 

MANILA 17 Dis. – Kira-kira 200 maut, sementara lebih 400 orang dilaporkan hilang di beberapa wilayah di selatan negara ini apabila banjir kilat akibat ribut tropika melanda Filipina hari ini. Ketua pasukan penyelamat bandar Cagayan de Oro, Lemuel Gunda berkata, sekurang-kurang 40 mayat ditemui di bandar itu.

Datuk Bandar Iligan, Lawrence Cruz pula berkata, sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh di bandar itu dan ramai dilaporkan hilang ekoran bencana alam berkenaan ekoran ribut tropika yang bermula beberapa hari lalu. “Mereka yang hilang termasuk seorang juruhebah radio yang hanyut ketika cuba menyelamatkan jirannya,” kata Cruz.

Ketua Agensi Bantuan Kecemasan Nasional, Benito Ramos berkata, angka kematian dijangka meningkat berdasarkan laporan yang diterima. Banjir berlaku ekoran Ribut Tropika Washi yang membawa hujan lebat ke kawasan wilayah Mindanao semalam.

Ramos berkata, seramai sembilan orang maut di sebuah kampung di wilayah Lanao Del Norte selepas air banjir meningkat mendadak sehingga paras bumbung rumah pada waktu tengah malam menyebabkan penduduk terperangkap dan lemas. “Banjir juga dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di rantau itu termasuk bandar Iligan dan Cagayan de Oro,” katanya. Beliau berkata, beribu-ribu orang kini dipindahkan ke kawasan tanah tinggi. - AGENSI

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

1 ulasan:

  1. betapa tuanya usia dunia sekarang
    berbagai malapetaka terjadi disana sini
    semuanya sebagai peringatan bagi yg beriman

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.