MAIN MENU

Footer Pages

7 Dis 2011

Faktor Keturunan Pengaruhi Keperluan Tidur !

Sebahagian orang lebih suka menghabiskan masa lapang dengan tidur, berbanding melakukan aktiviti lain. Menurut kajian, Faktor jenitik dan keturunan menjadi alasan, mengapa seseorang memerlukan masa tidur yang lebih lama daripada orang lain.

Berdasarkan variasi genetik, manusia mempunyai keperluan tidur yang berbeza-beza. Mantan PM Inggeris, Margaret Thatcher terkenal kerana boleh tidur hanya empat jam sehari. Sedangkan waktu tidur Albert Einstein hampir tiga kali ganda.

Para saintis di Universiti Edinburgh mencari, variasi 
jenitik, dan keturunan yang disebut ABCC9, membuat sejumlah orang memerlukan tidur tambahan 30 minit setiap malam. Satu daripada lima orang Eropah merupakan pembawa variasi gen ABCC9, yang terlibat dalam penginderaan tahap tenaga sel-sel dalam tubuh.

Seperti dipetik Female First, Dr Jim Wilson, dari Pusat Ilmu Kesihatan Universiti Edinburgh, berkata, "Manusia tidur selama kira-kira satu pertiga dari hidup mereka. Kecenderungan seseorang untuk tidur lebih lama atau lebih pendek dipengaruhi keluarga selain usia, musim, dan ritma sirkadian. "

Dia menambah, "Wawasan baru ini boleh dimasukkan dalam biologi tidur dan penting untuk mendedahkan kesan kesihatan serta perilaku tidur."


AAP - Orang yang banyak tidur, banyak juga membuang kehidupanya yang nyata. Pasti banyak perkara mendatangkan kerugian serta rezeki pun kurang :( Moralnya tidur juga kena mengikut keperluan bukan perasaan :(
 
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

1 ulasan:

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.