"Inspirasi menggunakan pisang datang ketika saya mengupas kulit pisang dan tiba-tiba mempunyai idea untuk mengukirnya. Kerana saya fikir ini akan menarik," ujar Keisuke, sebagaimana dikutip pada Daily Mail.
Untuk pertama kali Keisuke cuba mengukir sebuah wajah yang sedang tersenyum, lalu dia muat turun ke internet dan ternyata banyak yang suka. Lelaki 23 tahun ini pun menjadi tertarik untuk membuat ukiran-ukiran baru lain dan rajin mempamerkan karya-karyanya di internet. Dia pun menjadi sensasi di dunia maya.
Padahal, karya-karyanya hanya menggunakan alat-alat yang sederhana seperti sudu dan pencungkil gigi. "Saya tidak menyangka ramai yang menyukai dan saya terus membuat yang baru, merekalah yang menginspirasi saya," tambahnya.
Pada saat seluruh masyarakat dunia sedang berada dalam euforia perkahwinan putera William dan Kate Middleton, Keisuke pun turut meriahkan suasana tersebut dengan membuat ukiran dari kedua-dua mempelai itu. Kini, karya terbaru Keisuke yang kembali menjadi sensasi di dunia maya adalah ukiran dari keluarga Simpson, tokoh kartun ternama dari Amerika. Sumber AFP
AAP - elok juga jika dijadikan hidangan untuk makanan Pengantin dan sebagainya. Cuma jangan di ukir benda yang bukan-bukan pulak... :)
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :
Hahaha.. Benda yg bukan2 tu ape yer?
BalasPadamMABK - org kita mmg kretif juga sudah mula membuat bender yang tak sepatutnya :)
BalasPadam