Sebuah kajian di Inggeris menunjukkan, sebahagian dari para kekasih dan isteri mengemukakan lamaran lebih dulu daripada lelaki. Kedai perhiasaan John Greed yang melakukan pungutan pendapat terhadap 1,000 wanita mencari, wanita masa kini lebih berani menanyakan pernikahan saat hubungan mulai serius.
Lebih dari 20 peratus wanita mengatakan merekalah yang mengajukan soalan penting soal perkahwinan pada pasangan. Sebanyak 72 peratus wanita juga menekan kekasih dengan pelbagai soalan termasuk 'Apakah kamu mahu berkahwin denganku?' dan "Menurutmu, bukankah sekarang waktu yang tepat untuk meminangku?"
Kesibukan dalam kerjaya, membuat ramai wanita moden merasa tidak punya waktu menunggu sehingga pasangan berani melamar.
Namun yang mengejutkan, kajian mendapati apabila lelaki melamar pasangan, mereka akan berusaha melakukannya sebaik mungkin. Sebanyak 37 peratus lelaki disurvei mengaku akan membeli cincin pertunangan yang berharga mahal saat melamar kekasih.
Sebahagian besar lelaki menganggap, pasangan wanita yang lebih dulu mengemukakan lamaran membuat mereka merasa 'tak jantan'. Walaupun begitu, satu perempat lelaki menganggap dilamar kekasih justeru meningkatkan ghairah seks mereka. Jadi, bila ingin mencadangkan perkahwinan pada pasangan, pastikan anda melakukannya dengan gaya. Disunting dan diolah drp Sumber : Vivanews
AAP - Tuah badan orang lelaki tersebut... bila perigi sudah mencari timba... nak buat macam mana duduk diam sahaja timba tak datang-datang hehehe....
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :
Org barat mmg 'moden' pemikirannya..
BalasPadamI did :)
BalasPadamTak dek lagi mana2 yang nak melamar kwn ni Sin..Guane?..
BalasPadamwah sahih ke ni ANP???
BalasPadamtak sangka..
p/s- ANP lama tak menjenguk WADi, admin WADi kan orang temerloh juga..huhuhu