MAIN MENU

Footer Pages

7 Nov 2011

Kerja kutip tahi musang lagi bagus dapat RM700 sehari

Seorang petani, Rustico Montenegro di sini mencari najis musang yang mengandungi biji kopi untuk dikumpulkan dan dibersihkan sebelum dijual kerana harganya yang tinggi.Montenegro yang berusia 44 tahun dan isterinya memperoleh pendapatan sehingga AS$230 (RM704.83) sehari semasa bulan Mac hingga Mei hasil daripada usaha mereka itu.

Najis musang yang mengandungi biji kopi itu dibeli oleh dua pedagang biji kopi, Vie Reyes dan Basil Reyes untuk dieksport ke luar negara untuk dijadikan minuman.  Kopi najis musang itu dijual AS$7 (RM21.45) satu cawan di kafe di Manila.

Namun, di Amerika Syarikat (AS), laman web Kopi Herloom di Massachusetts menyatakan dua cawan kopi daripada kopi najis musang dari Filipina, Indonesia dan Vietnam dijual pada harga AS$49 (RM150.16).  Di New York, sebuah kedai kopi menjual biji kopi tersebut pada harga AS$340 (RM1,041) satu kilogram.

Musang yang tinggal di atas pokok itu memakan biji kopi sebelum mengeluarkannya menerusi najis.  Enzim dan asid dalam sistem penghadaman musang menghilangkan rasa pahit biji kopi dan memberikan ia aroma buah dan rasa yang tersendiri. - AFP

AAP - Kalau ditempat kita musang pun dah nak memupus... pokok kopi pun dah tak de... pendek katanya kita kena menaman pokok kopi dan membela musang pulak hehehe...


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

4 ulasan:

  1. Sallam En Yassin,

    Selamat Hari Raya Aidil Adha, Semuga ceria selalu yee,,

    Hehe...kopi taik musang, kopi termahal didunia...sanggup ke agoknya kita mencubanya...tak taulah sesedap mana rasanya yek...

    BalasPadam
  2. Skang ni musang berjanggut je yang banyak... :D

    Minum kopi mahal2 akhirnya di buang jugak.. Kalau boleh simpan kat dalam perut tu takpe la... huhu...

    BalasPadam
  3. hebat juga musang ni..tahinya pun berguna

    BalasPadam
  4. saya ada tahi musang,siapa nak boleh tel saya 0143173018 kenfly

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.