MAIN MENU

Footer Pages

25 Nov 2011

FAKTA MENARIK TENTANG ULAT BULU DAN APAKAH KAITAN DENGAN LELAKI ?

Secara asasnya ulat bulu atau Beluncas ialah bentuk larva dari ahli dalam order Lepidoptera order serangga yang mengandungi rama-rama dan kupu-kupu. Mungkin di antara kita belum tahu tentang keunikan ulat bulu, ulat bulu mempunyai banyak keunikan.

Bila kita menyentuh, tersentuh sengaja atau tidak sengaja ulat bulu melekat di tubuh kita, maka kita akan merasakan gatal-gatal pada bahagian yang terkena ulat bulu tersebut dan itu keunikan yang nyata bagi ulat bulu. Mengikut kajian ulat bulu mempunyai otot-otot tubuh 6 kali lebih banyak dari manusia.

Dalam kajian ada menyebut bahawa ulat bulu juga boleh bersiul seperti seekor burung. Tapi bersiulnya ulat bulu ini tidak seperti burung. Namun, menurut kajian ulat bulu ini bersiul melalui sisi-sisi bahagian tubuh mereka. Mereka melakukan ini sebagai mekanisme pertahanan diri dari pemangsa dan untuk mengusir mereka yang ingin memangsanya. Dari kajian terhadap ulat bulu Sphinx Walnut Caterpillar atau Arnorpha Juglandis, siulan tersebut dihasilkan dari tubuh mereka.

Seperti dilapurkan dari LiveScience setelah diamati melalui video berkelajuan tinggi, para penyelidik menyimpulkan ketika ulat bersiul, mereka menekan kepala mereka ke belakang. Ini dilakukan untuk menekan rongga di tubuh mereka sehingga suara siulan akan keluar melalui lapan pasang lubang angin di perut mereka. Masing-masing pasang rongga perut itu berdecit sekitar empat saat dengan rentang frekuensi yang boleh didengar oleh burung mahupun manusia, hingga suara ultrasound.

Namun apakah kaitan dan kesamaan ulat bulu dengan lelaki miang atau gatal?

Kalau mengikut kajian ulat bulu boleh bersiul dan tidak mustahil juga kalau lelaki miang lebih daripada itu bersiulnya :) Keunikkan yang ketara bila terkena atau tersentuh mudah terasa gatal dan tidak kurang sifatnya suka memakan "daun muda", keunikan lainnya ulat bulu tetap suka memakan dedaunan muda atau "pucuk muda" tidak kurang juga kerana sifatnya suka merayap yang seperti mana disebut "ulat bulu dah naik daun" 

Sifat dan kebiasaannya ulat bulu dia akan memakan dedaunan yang licin dan yang muda (pucuk muda) tidak kesat dan tidak tua, pun begitu ada juga ulat bulu yang tua yang akan memakan dedaunan yang tua dan yang kesat. :)

Namun ulat bulu yang paling popular dan yang amat di kenali di kalangan wanita adalah ulat bulu yang kuning-kuning macam gambar diatas :) Moralnya kalau berjumpa dengan ulat bulu usahlah mendekatinya apatah lagi menyentuhnya :) kesan kegatalanya pada mangsanya sememang tidak tertanggung :)

Sekadar perbandingan semata-mata :)

 Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

5 ulasan:

  1. dah la berbulu gatal pulak... eeee geli kunun!

    BalasPadam
  2. Cemomoi - apa nasib kalau ulat itu tak berbulu tentu dok gatal dok hehehe...

    BalasPadam
  3. Pernoh bernanoh jari kena ulat bulu...
    Sakitnye ya ampunnnn....

    BalasPadam
  4. salam..
    yang nyata bila kena ulat bulu
    ni bengkak satu badan..kalau dah
    jadi "ulat bulu" si jantan nih
    kerja nya nak "membengkak" pompuan
    la Yassin yak..?he he..



    www.zulkbo.com

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.