Hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini
diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu berdasarkan laporan yang
dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Daripada jumlah tersebut, secara purata 41 individu muflis setiap
hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran
perubatan, sewa beli dan hutang ah long.
Perkara tersebut diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat
Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia
(FOMCA), Datuk Paul Selvaraj (gambar kecil). Menurut beliau, kajian awal
yang dilakukan oleh FOMCA terhadap 100 individu mendapati golongan
tersebut menghabiskan sebanyak 30 peratus daripada gaji mereka untuk
membayar hutang-hutang yang tertunggak setiap bulan. “Biarpun mereka bergaji lingkungan RM3,000 sebulan, jumlah pembayaran
sebanyak 30 peratus adalah tinggi khususnya dalam menampung kos hidup. Sumber Kosmo
AAP - Satu angka yang amat besar... Persoalanya bagaimana mereka mahu membina kehidupan seterusnya kelak? Moralnya pakai baju ukurlah badan... buatlah sesuatu diatas dasar keperluan dan bukan diatas kemahuan semata-semata. Berbelanjalah dengan cara yang berhemah.
"Dan
belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu
menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah,
kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik". ( Surah al.Baqarah,2:195).
Wassalam, Wa'allahhualam.
Salam hormat dan ikhlas daripada :
semua tu berpegang dgn falsampah
BalasPadambior pape asal bergaya
tu yg jadi gitu
AUC - tu laa pasalnya.. nasih kas dah melepasi umo itu :)
BalasPadamIkut kehendok hati dunia ni orang nok beli...
BalasPadamKesian mereka..
BalasPadamFenomena "Halo Bulan"
Taman Negara Package
Travel Online Shopping
Kalau nak guna kad kredit kena kontrol nanti x pasal2 diisytihar muflis
BalasPadam