Sebagaimana yang disebut dalam kiasan 'sayang-sayang buah kepayang, ditelan
mabuk, dibuang sayang'. Buah kepayang memang memabukkan dan rasanya pahit. Bagaimanapun, jika diproses dengan cara yang betul, ia boleh menjadi makanan yang menyelerakan. Kemahiran orang-orang melayu kita yang tinggal di kampung-kampung memproses buah kepayang boleh menghilangkan rasa mabuk. Malah, kebijaksanaan mereka memproses buah kepayang hingga boleh dijadikan bagi tujuan makanan dan perubatan tanpa menimbulkan komplikasi
kesihatan. Buah kepayang atau nama saintifiknya Pangium edule.
Cara-cara ringkas penyediaan dan pemprosesan buah kepayang ini difahamkan bermula dengan proses merendam bijinya ke dalam air sebelum dibakar atau direbus untuk menghilangkan rasa pahitnya. Biji yang berwarna putih akan bertukar kehitaman selepas direndam dalam air. Kulit buah kepayang berwarna kelabu dan biji di bahagian dalamnya dilitupi selaput putih dan berminyak. Proses merebus ini perlu dilakukan dengan cermat. Selepas proses merendam, kulit buah berkenaan dibelah untuk mengambil isinya. Pastinya semua proses dan penyedian ini dibuat oleh orang tertetu yang sudah biasa dan mempunyai kepandaianya. Selepas direbus, isinya yang kehitaman dihiris nipis-nipis dan menggoreng semula dengan mencampur sedikit kunyit dan garam sebelum dimakan. Sesetengahnya direbus dan dimakan terus dengan kelapa. Sesungguh kepandaian orang melayu kita dahulu dapat menghasilkan kepelbagaian cara penyediaan membuat makanan daripada buah kepayang ini sama ada dimakan terus setelah direbus, di jerukkan atau di gorengkan.
Pada zaman dahulu biji buah kepayang juga dijadikan
minyak masak dan minyak pelita.Untuk menghasilkan minyak. Biji
buah kepayang yang matang dikeringkan dan kemudian ditumbuk serta
diperah. Ia boleh digunakan untuk menyediakan masakan
dan juga dijadikan bahan bakar bagi menyalakan pelita.Namun di hari ini malangnya, pokok buah kepayang yang sebelum ini banyak ditemui di hutan kini semakin sukar ditemui kerana diancam kepupusan mungkin juga kerana aktiviti pembalakan dan sebagainya.
Mungkin generasi akan datang tidak lagi mengenali buah kepayang, apatah lagi untuk membuat dan memprosesnya. Malah
mereka juga sudah melupakan kiasan ‘sayang-sayang buah kepayang, ditelan
mabuk, dibuang sayang.’
Sebahagian sumber di perolehi daripada Google.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Salam hormat dan ikhlas daripada :
Senang sket membaca bila xdok button read more ni...
BalasPadamKoi pestaim nengok gambor buah kepayang ni..huhu
salam Yassin..
BalasPadamermm..salah buat boleh
mabuk makan buah ni ye..?
tapi orang dulu-dulu memang
hebat..siap boleh buat minyak
sendiri lagi ye..?
memang sya tak kenal buah ni, walaupun dah ada depan mata
BalasPadamkat pekan sari ulu cheka ade lgi org jual buah ni, yg dh siap masak la,
BalasPadamsedak weh
nak buat kena org yg pakar je
AUC - Bete het tu silap2 buat emboh hijau biru muka karang kas tak tahu hehehe... "serahkan pada yang pakar"
BalasPadamJangan sampai mabuk Kepayang..
BalasPadamHanya Johari mengenal Maniam...
BalasPadamKantoi