MAIN MENU

Footer Pages

22 Sep 2011

Rumah Datuk Maharaja Lela Kian Musnah.

TERBIAR... Rumah Datuk Maharaja Lela menunggu masa untuk roboh. Gambar kecil menunjukkan keadaan perabot yang rosak serta tilam dipercayai digunakan untuk tujuan maksiat.

Tertarik juga dengan artikel ini Rumah pejuang tersohor, Datuk Maharaja Lela Pandak Lam, di sini, bukan saja dijadikan sarang maksiat, malah menjadi ‘port’ penagih dadah di kawasan ini. Kediaman warisan yang terletak bertentangan dengan Kompleks Sejarah Pasir Salak itu berada dalam keadaan terbiar dan menunggu masa roboh.

Penduduk, Ramli Abas, 43, berkata, dia sedih apabila menyaksikan rumah peninggalan pahlawan negeri itu terbiar begitu saja tanpa sebarang tindakan membaikinya diambil kerajaan negeri. “Saya kecewa kerana perjuangan Datuk Maharaja Lela dipandang sebelah mata sesetengah pihak apabila kediamannya dibiarkan tanpa mendapat pembelaan sewajarnya.

“Jasa dan pengorbanannya diiktiraf dengan beberapa jalan, sekolah serta kawasan dinamakan bersempena namanya tetapi menyedihkan apabila keadaan kediaman dan kawasan sekitar yang pernah menjadi kubu pertahanan masyarakat daerah ini satu ketika dulu, menunggu masa untuk menyembah bumi,” katanya.

Tinjauan wartawan Harian Metro mendapati, rumah Maharaja Lela yang pernah dibaik pulih, kini dipenuhi belukar serta sukar dimasuki. Tambah mengejutkan, selain barangan hiasan di dalam rumah berkenaan hilang dan rosak, ia dijadikan lokasi ‘selamat’ oleh penagih dadah dan remaja melakukan maksiat.

Ia berdasarkan penemuan beberapa barangan untuk menghisap dadah dan tilam buruk di bahagian dapur kediaman berkenaan yang didakwa Ramli angkara golongan muda tempatan. Mengikut sejarah, selepas mendapat persetujuan dan sokongan penduduk sekitar Pasir Salak, Kampung Gajah dan pemimpin tempatan, Datuk Maharaja Lela mengepalai perjuangan menentang penjajahan British di Perak yang membawa kepada pembunuhan James Wheller Woodfird Birch (JWW Birch) iaitu Residen British pertama Perak.

Malangnya, daripada sanjungan sebagai pejuang, beberapa individu kalangan bangsa sendiri yang dipercayai sebelum itu, berpaling tadah dengan menuduh beliau serta beberapa lagi rakan seperjuangannya, selaku pemberontak sebelum beliau dijatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.  Lebih tragik, difahamkan sebagai pengajaran kepada 'pemberontak-pemberontak' lain supaya tidak mengikut jejak Maharaja Lela dan teman seperjuangannya, pihak penjajah British difahamkan mengarahkan supaya mayat Maharaja Lela dikerat tiga dan ditanam secara berasingan di tepi tebing Sungai Perak. Biarpun tiada fakta sahih mengenainya, perkara ini masih menjadi persoalan sehingga kini kerana bukti juga tiada untuk mengatakan 'Makam Maharaja Lela' yang terletak di Taiping, benar-benar milik perwira sejati ini.

“Saya meminta pihak bertanggungjawab memandang serius perkara ini kerana selain kediaman Maharaja Lela, keadaan Kompleks Sejarah Pasir Salak juga dalam keadaan menyedihkan. Keadaan sekarang cukup menyedihkan berbanding beberapa tahun lalu kerana ini adalah kawasan bersejarah yang mempunyai nilai begitu penting dalam sejarah Malaysia," katanya. - Sumber Metro

AAP -Kemana perginya Jabatan atau badan-badan yang telah di pertanggungjawabkan untuk mengurus dan menjaga kebajikan perkara seumpama ini? Ini adalah warisan sejarah yang amat berharga dan perlu dijaga dan diperlihara untuk jenarasi hari ini dan hari esoknya. Sudah perkara tentu untuk mereka jenarasi mendatang kelak tidak tahu dan tidak akan mengenali sejarahnya. Jika perkara seumpama ini tidak dititik beratkan oleh pihak berwajib. Harapan semoga ada pihak yang prihatin, menjaga dan memelihara perkara seumpama ini untuk dijadi pengetahuan dan rujukan jenarasi mendatang.

Mungkin nasib yang seperti entri disini Rumah Peninggalan Pahlawan Mat Kilau Kian Usang.  Di Pahang juga mempunyai nama besar seperti Datuk Maharaja Purba Jelai dan Mat Lela. Apakah sejarah hanya sekadar untuk dikenang tanpa bukti.  Sudahnya orang lain boleh mengubah faktanya :( Sejarah adalah Warisan bangsa. JANGAN UBAH SEJARAH!


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

9 ulasan:

  1. selamat pagi ..AAP

    ayu pun terkilan dengan kes ini..
    kemarin rumah MAT KILAU, kin rumah peninggalan Maharaja Lela...

    harap2 adalah tindakan oleh negeri/negara kita..

    BalasPadam
  2. salam..
    kalau tak mendatang kan untung
    tak ande yang nak peduli nilai sejarah ni Yassin..kesian pulak koi nengok..harap pihak berwajib ambil tindakan segera

    BalasPadam
  3. Kesan sejarah dipaparkan ini tidak relevan lagi. Lupakan saja. Bukankah sejarah Malaysia bermula dari UMNO. Sebelum itu, peristiwa-peristiwa yg boleh membangkitkan semangat kepahlawanan melayu tidak perlu dikaitkan kerana mereka adalah penderhaka kpd Inggeris.

    BalasPadam
  4. nampaknya nasib peninggalan orang sejarah sama dengan nasib yang menimpa zamannnya...

    sejarah ditafsir oleh sejarawan tapi dipolitikkan oleh poliTikus

    BalasPadam
  5. Pak Ngah - Kawas ttp kagum dengan sinisnya jawapan drp org veteran seperti Pak Ngah. Satu jawapan yang dikira amat relevan. Lalu berkata2 juga siapa mereka yang cuba merubah sejarah ini :(

    BalasPadam
  6. mana yg bertanggungjawab terhadap semua ni, buat kerja nak duit, nak nama tu aje, kitalah pembela sejarah tapi hampuras

    nasib kubur pawang nong terjaga sebab dlm kawasan masjid je

    kalau tak lama dah jadi macam ni la jugak

    BalasPadam
  7. Sedih nengoknyer..
    Patut dipulihara dan dihidupkan kwsn sekitarnya...At least boleh jadi tmpt lawatan budak2 skolah...

    BalasPadam
  8. Sejaroh tak ande sape yang boleh ngubohnye.Tapi ande pihak2 tertentu yang sedang berusahe memadamkan sejaroh.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.