MAIN MENU

Footer Pages

20 Ogo 2011

Produk kosmetik Derma-Rx Arbutin-R Cream didakwa mengandungi racun.

Pengguna dinasihatkan tidak menggunakan krim jenama Derma-Rx Arbutin-R Cream yang didapati mengandungi racun yang berbahaya kepada kulit. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah Abdul Rahman, berkata produk keluaran Sepanyol itu tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia setelah ujian menunjukkan ia mengandungi racun berjadual, tretinoin dan  hydroquinone. "Penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

Produk yang mengandungi bahan itu boleh membawa pelbagai kesan sampingan kepada pengguna dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. retinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Hydroquinone juga boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Eisah berkata, syarikat yang bertanggungjawab terhadap produk itu diarah memberhentikan penjualan dan pembekalannya serta merta selain memanggil balik kesemua stok dari pasaran dalam tempoh 72 jam. - SUMBER BERNAMA

Gamaknya bender nie macam bedak sejuk juga, jadi pakailah bedak sejuk tradisional kita tentu ianya bersih suci dan halal paling penting tidak beracun.

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

2 ulasan:

  1. macam2 dah le nih

    semuanya bukan nak mengelokkan nak memburuk adalah

    BalasPadam
  2. salam..
    pulak dah..memang nak kena
    pakai bedak sejuk je lah ye
    Yassin, selamat dan halal
    :)

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.