MAIN MENU

Footer Pages

25 Ogo 2011

Kasih ibu sampai ke Syurga | Selamat Hari Wanita.

Hari ini yang bertarikh 25 Ogos, adalah Hari Wanita Malaysia terkadang kita selalu ambil tahu bila hari-hari penting terutama hari yang ada cuti umum sahaja. Jangan di lupa tarikh yang tidak ada tercatat dalam kelender iaitu Hari Wanita. Di kesempatan ini, saya  ingin mengucapkan "Selamat Hari Wanita" pada semua Wanita di Malaysia. Wanita banyak pengertiannya wanita sebagai Ibu,  wanita sebagai isteri dan lain-lainnya. Selamat Hari Wanita.


Syurga Di Telapak Kaki Ibu 
Aishah- Syurga Di Telapak Kaki Ibu


Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
 
Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

Wanita telah dimuliakan oleh Rasulullah sebanyak tiga kali iaitu insan yang kita taat dan kali ke empat barulah kaum Adam. Wanita juga dimuliakan dengan kata-kata “syurga di bawah telapak kaki ibu” Selain itu, title syahid juga telah diberikan kepada ibu yang meninggal ketika bersalin tanpa wanita atau ibu siapalah kita didunia ini.

Paling sedih juga bila mengenang pantun ini :

Nasi lemak buah bidara
sayang selasih saya lurutkan,
buang emak buang saudara
kerana kasih saya turutkan.


Semoga ibu dicucuri rahmatNYA... kasih ibu sampai ke Syurga,  Selamat hari Wanita dan Selamat Hari Raya.


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

3 ulasan:

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.