INFORMASI BERITA PENGETAHUAN SEJARAH TOKOH PAHLAWAN AGAMA POLITIK ADAT RESAM KEBUDAYAAN DAN NUMISMATIK
MAIN MENU
▼
Footer Pages
▼
10 Ogo 2011
Isu Kek Lapis Sarawak : Ramai Peniaga Gulung Tikar
Isu penggunaan Golden Churn Creamy Butter dalam pembuatan kek lapis Sarawak terus menghantui para pengusaha dan peniaga produk makanan tersebut. Terbaru seorang pengedar kek lapis Sarawak di Selangor didakwa diugut oleh seorang pelanggan yang menyatakan bahawa kek lapis Sarawak adalah kek babi dan sesiapa menjual akan dipenjarakan.
Persepsi negatif yang berterusan terhadap produk keluaran tersebut dikalangan pelanggan dikuatiri bakal menyebabkan ramai ramai pengusaha dan peniaga kek lapis Sarawak bakal `gulung tikar’.Khuatir dengan perkembangan tersebut, Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS) hari ini bertemu dengan Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah bagi menyuarakan masalah yang dihadapi itu.
Presiden PPKLS, Rabiah Amit berkata, meskipun pihaknya telah memberi jaminan tidak menggunakan ‘Golden Churn Creamy Butter’ tetapi pelanggan masih mempunyai persepsi negatif terhadap produk keluaran mereka. “Ada peniaga sanggup menyamak peralatan membuat kek lapis mereka bagi mengembalikan keyakinan pelanggan namun masih gagal menyakinkan pelanggan Islam.
“Semalam seorang pengedar kek lapis Sarawak di Selangor memberitahu diugut seorang pelanggan yang menyatakan bahawa kek lapis Sarawak adalah kek babi dan sesiapa menjualnya akan dipenjara,” katanya di sini hari ini. Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) sebelum ini mengesahkan bahawa ‘Golden Churn Creamy Butter’ mengandungi DNA babi.
Rabiah seterusnya memberitahu, banyak tempahan yang diterima para pengusaha dan peniaga sejak awal bulan Ramadan telah dibatalkan akibat persepsi negatif terhadap kek lapis Sarawak. Sementara itu, Fatimah mencadangkan pengusaha-pengusaha kek lapis Sarawak mempamerkan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek lapis di depan kedai mereka sebagai langkah jangka pendek menepis persepsi negatif pelanggan.
Menurutnya, pengusaha kek lapis Sarawak yang masih belum mendapat pensijilan halal daripada JAIS dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil inisiatif mendapatkan pensijilan tersebut.
Payah nak makan kek ginie :(
Sumber : mynewshub
Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :
pengusaha kek lapis sarawak perlu cepat cari alternatif kepada mentega yang disahkan ada dna vavi itu..
BalasPadamsalam yassin..
BalasPadamKoi x berapa suka makan kek x kiralah kek apapun tp kena ambik tahu juga kes mcm ni
Salam..memang betul, saya sendiri pun dulu pengguna setia mentega GC, utk kek dan biskut, hmmm, tapi sekarang bertukar pada mentega yang lebih kita yakin dan halal...hmm simpati juga dengan peniga2 kek lapis sarawak..
BalasPadamkalau baca resepi2 kat internet memang banyak dulu2 gunakan butter ni, tp sekarang tgok dah tak dijual di kedai-kedai
BalasPadamSemoga kita semua dpt mengambil perhatian seandainya sudah mengetahui perkara itu haram. Sedih bila mengetahui berita seumpama ini macam kena khainat aje kita nie :(
BalasPadamKas makan kek bahulu je
BalasPadamsalam..
BalasPadamnasib baik koi tak pernah
makan kek nih..walaupun dah
di kira halal, koi rasa was-was,
baik tak payah makan.
yang halal dan haram itu jelas...
BalasPadampilihan lain masih banyak untuk pengusaha .. yang penting rezeki yang diperolehi mesti halal