MAIN MENU

Footer Pages

2 Ogo 2011

Bunga di Pekan Nan Cantik

Pokok Pekan atau nama saintifiknya "Brunfelsia latifolia", merupakan sejenis pokok renek yang mempunyai bunga yang berbau harum. Selain itu ia mempunyai bunga yang bertukar warna antara ungu dan putih. Mengikut ceritanya Bandar DiRaja Pekan Pahang mendapat namanya melalui "bunga pekan" ini.

Gelaran tua bagi negeri Pahang itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya yang terkenal sampai sekarang dan ibu negeri Pahang pada zaman dahulu bernama PEKAN. Sebelum negeri Pahang ditakluk oleh Kerajaan Melayu Melaka, orang Hindu-Asli (berbahasa Sanskrit) memanggil ibu negeri Pahang itu Pura. Orang-orang Melayu ada juga menyebutnya Pura (ada tersebut dalam hikayat Sejarah Melayu 1977 : hal 73). Manakala orang melayu yang diam berhampiran dengan Sungai Endau, Sungai Rompin dan Sungai Bebar memanggilnya Pekan Pahang pula. Pada masa ini Bandar Diraja Pahang yang dinamakan Pekan itu ialah daerah-daerah yang di kiri dan kanan Sungai Pahang dan Sungai Pahang Tua hingga ke hulu had Tanjung Langgar. Bandar Pekan itu terbahagi kepada dua bahagian : Pekan Baharu dan Pekan Lama. Di Pekan Lama itulah tempat kediaman raja-raja dan orang-orang besar Pahang.

Pekan Baharu itu pada zaman dahulu kampung Cina namanya, kemudian baru disebut Pekan Baharu. (Buyung Adil, 1972 : hal 2) Bandar Pekan dikatakan wujud semenjak abad ke 17 lagi. Namun demikian, tidak ada tarikh yang pasti tentang penemuan Pekan tetapi ramai penulis samada penulis Barat, Arab atau penulis Cina menyebut dan menceritakan tentang Pekan.

Mengikut pendapat orang-orang tua, Pekan mendapat namanya dari sejenis bunga yang dipanggil Bunga Pekan yang banyak tumbuh menjalar di tebing-tebing Sungai Pahang. Bunganya berwarna putih seperti bunga Melor, namun bakanya kini sudah tiada lagi untuk dikenalkan kepada generasi sekarang dan akan datang. Di Bandar Pekan juga terdapat sebatang sungai yang digelar Sungai Pekan (berhampiran Kampung Mengkasar) tetapi tiada bukti yang menyatakan Pekan mendapat nama dari sungai ini. - Sumber Majlis Daerah Pekan.

Wassalam, Wa'allahhualam. :
 

14 ulasan:

  1. harap bunga Pekan aok te kekal dgn aok sampai bila bila Sin..

    BalasPadam
  2. Insyaallah harapanya gitulah... jangan ada niat nok nanam baka bunga lain sudah.. tentu hok sedia ada akan layu juge :(

    BalasPadam
  3. nak jugak la
    minta dgn yun ade gamaknya

    BalasPadam
  4. AUC - aok nok nanam bunga pekan juge ker hehehe :)

    BalasPadam
  5. Orang sekarang jarang kenei ke bunge dah.Orang Pekan kenei ke tidok bunge ni yek

    BalasPadam
  6. housemate saye org Pekan. saye pasti beliau tak tau perihal bunga Pekan ini.. :-)

    BalasPadam
  7. yasin, bunga pekan ni dah hampir pupus weh, puas koi dok merayap kat tepi tebing sungai..namun harapan tinggal harapan..tanam kat umah, dah berbunga, lupa nak tutup pagar ..masuk plak lembu jantan..abis ranap bunga pekan koi.. nak kena cari lain plak sebagai ganti.. hok bunga aok te,,jgnlah plak nak ganti2, tido kat porch aok nanti..

    BalasPadam
  8. dah lama tak tengok bunga pekan ni (baru tau namanya) dan juga bando pekan...

    BalasPadam
  9. Pak habib kena jagalah memolek weh jangan sampai hilang bakenya :)untuk anak cucu esok nok nengok bunga pekan nei... bukan mudah nak cari ganti weh :)

    Cemomoi - moh kita gi metik bunga pekan weh goner :)

    BalasPadam
  10. salam Yassin..
    ermm..gitu gayanya ye?
    macam bunga kertas mulanya
    koi ingat tadi..he he

    BalasPadam
  11. Ustaz Mitos - bunga Pekan ni ada kat laman umoh koi kat kg.. X payoh bela beria..dia hidup sendiri... Tapi xtau lak namanye bunga Pekan...kat kg koi namanya lain..

    BalasPadam
  12. kawan tak kene sngat bunga ni! tapi tu bunga yesterday,today and tomorrow salah satu dari 10 species yg kawan tau...ikut kamus besar bunga pekan artinya jasminum grandiflorum..so pakar pokok dan bunga tolong kaji bebetul...nanti salah fakta lagi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la tuan.jika melihat mklumat sheikh google ni mcm2 pulak la bunga pekan ni.xtau mana yg betul.ikut mula2 dulu sy pikir bunga pekan tu seperti yg tuan sebutkan tu lah.mungkin mereka ceritakn yg bunga pekan sehari,atau pekan rabu atau lain2. Hadoiii la...

      Padam
  13. Dlm sejarah melayu di beritakn pahang tua ada negeri bnama pura di bawah takluk siam dgn raja maharaja dewa sura yg di tawan oleh seri bija di raja melaka.tiada mklumat kata negwri pura tu hindu- asli( siam= budha xde rekod penganut hindu)baik2 tulis sejarah nnt dtg kula buntong dakwa penduduk asal pahang org india xpasal korang jd PATI....kakaka.koi bagi ingat je...kakaka

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.