MAIN MENU

Footer Pages

15 Ogo 2011

10 Kebaikan berlapar di Bulan Ramadhan

      Berikut adalah 10 manfaat kita berlapar pada bulan Ramadhan ini.
  1. Menjernihkan hati, mencerdikkan otak serta menerangi penglihatan hati.
  2. Melembutkan hati yang membolehkan ia dapat merasai kelazatan pengaruh zikir kerana apabila perut kosong boleh menghilangkan kekerasan hati yang menyebabkan zikir dilidah terus meresap dihati yang lembut tanpa ada halangan lagi.
  3. Merasa kalah dan hina serta menghilangkan perasaan bongkak, terlalu gembira dan kufur nikmat di mana semua sifat tercela ini menjadi penyebab kepada penyimpangan dan kelalaian daripada mensyukuri nikmat Allah.
  4. Sentiasa ingat kepada bala Allah di dunia dan siksaanNya di akhirat apabila merasai sendiri bagaimana peritnya lapar.
  5. Mematahkan keinginan nafsu serta menguasainya daripada melakukan maksiat kerana bahan yang menguat dan menambah keinginan nafsu kebanyakannya berasal daripada makanan.
  6. Mengurangkan tidur dan memudahkan untuk berjaga terutama dalam berbuat ibadat.
  7. Memudahkan diri untuk menumpukan perhatian dalam beribadat kerana tidak banyak masa dihabiskan untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan makanan.
  8. Dapat menjaga kesihatan dan selamat daripada pelbagai penyakit yang terbit daripada banyak makan.
  9. Jimat dalam perbelanjaan harian apabila tidak banyak wang dihabiskan untuk membeli banyak makanan.
  10. Membolehkan dia mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri melalui sedangkan kerana orang lapar lebih memahami masalah dan penderitaan orang lain.
Sumber Harian Metro Online.


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

2 ulasan:

  1. Salam Ramadhan..
    Sama-sama kita jadikan Ramadhan kali ini Ramadhan yang paling berjaya dari Ramadhan yang telah lalu..

    BalasPadam
  2. En. Mohamad wmsalm, betul jadi tahun ini lebih sempurna pada tahun sebelumnya insyaallah.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.