Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan
yang bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu memutuskan
hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram.
Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan
bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai
binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang
menjijikkan serta mempunyai racun. “Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan.
“Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang
membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada
penyakit-penyakit tertentu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan itu. Sebelum ini laporan akhbar pernah menyebut permintaan cicak tokek
amat tinggi dan didakwa dijual pada harga ratusan ribu bagi seekor cicak
jika ia dijual.
Ada juga dakwaan yang menyebut cicak ini mampu mengubati penyakit HIV
bagaimanapun sehingga kini tiada kajian yang dapat mengesahkan
kesahihannya. “Justeru, Jawatankuasa Muzarakah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum memakan cicak tokek adalah haram di sisi Islam. “Manakala untuk tujuan perubatan penggunaan cicak tokek adalah
diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan sekiranya
tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit
berkenaan,” katanya.
Mei lalu, media melaporkan seorang ahli perniagaann Nazaruddin Saidin
diculik berpunca daripada keinginannya bertemu dengan penjual cicak
tokek, yang hanya dikenali sebagai Ghafar , di selatan Filipina.
Nazarudin, 38, bapa kepada enam orang cahaya mata ini dilaporkan
diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika berada di selatan
Filipina ketika dia sedang menguruskan pembelian cicak tokek di negara
tersebut. Sehingga kini pihak berkuasa masih belum dapat menemuinya.- Sumber Mstar
Macam-macam hal orang kita kena tipu dek cicak tokek nie... paling penting bender haram tetap haram.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Salam hormat daripada :
gelii arr cicak ni
BalasPadamAssalam..
BalasPadamKalau dah diputuskan haram mmg kena elakkan lagipun mmg betul belum ada bukti sahih ia boleh mengubati penyakit AIDS tu..
p/s - kalau makan haram yg jualnya mcm mana pulak?
Assalam...
BalasPadamKalau jual jer boleh ke?
Lumayan tuu..hehehe...
ramai kawan2 gi selatan thai beli anak tokek utk dibela...Kononnya nak jual la bila dh besor nt..
Pozi - ntohlah kawan tak brani nak ngabor juga... kalau dah haram tu haram berlakelah gamoknya :)
BalasPadambyk lagi yang bole di makan
BalasPadamapsal cicak ni jugak yg nak di telan...adoi....
cicak tue pakai baju batik ke hehheeee
BalasPadam