MAIN MENU

Footer Pages

1 Jun 2011

Makin ramai pasangan bercerai kerana permainan video

LONDON: Semakin banyak rumah tangga berantakan gara-gara ketagihan bermain video, kata agensi pengurusan perceraian Internet, Divorce Online, semalam. Kajian menunjukkan, bilangan wanita memfailkan perceraian dengan alasan suami mereka menghabiskan masa terlalu lama bermain video terus meningkat.

Daripada keseluruhan wanita yang menyatakan suami masing-masing berperangai tidak wajar, 15 peratus percaya pasangan mereka lebih mementingkan permainan video daripada isteri. Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding lima peratus tahun lalu. Secara khusus, wanita menyalahkan permainan World of Warcraft yang membenarkan pemain mencipta watak fantasi sendiri bagi menjalani pengembaraan di dalamnya.

Permainan kedua yang paling banyak dipersalahkan ialah Call Of Duty. Seorang daripada wanita terbabit mendakwa, suaminya bermain World of Warcraft sehingga masa lapan jam sehari. “Apabila semakin serius, saya cuba menasihatinya tetapi gagal. “Dia hanya menyedari perbuatannya membawa mudarat apabila saya mahu bercerai daripadanya,” katanya. - DM

Untuk para suami diluar sana jangan ralit ngat main ngan video games aje... tanggungjawab lain kena di fikirkan sama nafkah zahir batin :) dan cukai yang lain, yang mana patut kena bayar, maka perlulah dilaksanakan juga... baru rumah tangga aman bahagia :)

Nasib baik saya tak minat langsung melayan permainan video ini :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

14 ulasan:

  1. bahaya betul penangan game ni, memang leka enpakwe pernah kena sindrom game ni dulu, sampai sanggup tak tidur game saidina aje tu.

    BalasPadam
  2. sokong!! huhuhuh
    pkwe sy suke men game online! ntah2 kawen t cam haram an!! hahah

    BalasPadam
  3. ha ni yg takot ni...bakal suami lak mmg suke main video game..heheh..kene be prepared ni

    BalasPadam
  4. kome tengah layan main games Call Of Duty te
    ok je setakat nih :)

    BalasPadam
  5. poh paleh main game tok ingat dunie wehh...gone tok cerei kala maen gini gaye...ish..ish...

    World of Ad-Dien (WADi)

    BalasPadam
  6. Kena main games sama sama sebelum tidor ni..

    BalasPadam
  7. Assalam..

    Koi dah lama tinggal vedeo game ni..main mende lain la pulak

    BalasPadam
  8. harap2 kat mesia tak jadik camni, bercerai kerana video game... :(

    BalasPadam
  9. salam Yassin..
    macam orang macam ragam yak...
    kalau nak jadi punca tu..terkentut
    atas katil pun boleh bercerai..
    :)

    BalasPadam
  10. depa try and error kot huhuhuhuhhhh

    BalasPadam
  11. Main tak ingat dunia dah gamoknye ter....

    BalasPadam
  12. leka games tahan lagi, jgn leka ber'chatting" udah ler.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.