MAIN MENU

Footer Pages

2 Dis 2010

Perlukah kita menjadi seorang Pelakun Pak Pacak didalam Dunia seorang Blogger?

Salam semua... Istilah Pak Pacak ini bergitu popular didalam filem atau Drama Melayu Bangsawan kita. Apakah peranan Pak Pacak ini? kebiasannya peranan Pak Pacak ini didalam filem Melayu dahulu sekadar watak memegang tombak mengiringi Raja,  didalam Istana atau berada pada majils-majlis tertentu didalam sesebuah filem tersebut. Peranannya tersangat mudah hanya berdiri tanpa di beri sebarang dialog utk dituturkan, sekadar diam dan membisu sahaja tanpa diindah jauh sekali diberi perhatian. Inilah yang di maksudkan peranan atau pelakun Pak Pacak.

Apa pulak peranannya Pak Pacak didalam dunia berblogger? Peranan Pak Pacak didalam dunia seorang Blogger mungkin juga ada kesamaannya kerana mereka sekadar menjadi Pak Pacak juga mengiring Raja Blog mereka. Sebagai contoh Pak Pacak duduk sibuk membalas dan menjawab entri dan terus-terusan memakmurkan Istana mereka tapi malangnya mereka bukan sahaja seakan dibiarkan, bahkan seakan tidak diindahkan sama sekali. Lebih sedih terkadang haram tidak ditegur dan disapa. Jauh sekali jangan ada rasa menyimpan niat 'dia' akan hadir ke blog mereka.

Mahu tidak mahu kerana jauh disudut hati mungkin kita juga ingin menjadi pelakun yang popular mungkin terpaska juga untuk memikul peranan ini. Perlu diingat tidak ada Pelakun yang ternama atau yang hebat terus bermula dengan kehebatannya. Moralnya usahlah malu jika itu juga peranan yang kita dapat didalam dunia berblog ini dan saya sendiri selalu mengambil peranan Pak Pacak ini. Kerana kita bukan artis yang popular untuk memegang watak Sultan mungkin sekadar diberi peranan sebagai  Hang kebun atau Hang Cangkul atau yang perempuan sebagai Dayang-dayang sahaja.

Persoalanya wajarkah kita sekadar di beri peranan sebagai Pak Pacak sahaja? Tepuk dada tanya selera. Waluapun pahit untuk disebut, lebih perit untuk dikenang, mahu tidak mahu jika kita bukan Otai didalam dunia berblogger. Kita terpaksa juga menyokong dan mengikuti cara mereka. Siapa tahu jika kita rajin berusaha disuatu hari nanti watak Sultan dan Permaisuri  itu tetap juga akan menjadi milik kita.

Entri ini sekadar penambah semangat bagi Blogger terpinggir seperti sesetengah daripada mereka dan termasuk saya sendiri. Supaya tidak mudah lemah semangatnya dan jauh sekali terasa hati, jiwa dan nuraninya. Apa pandangan anda didalam persoalan ini ? Mungkin anda ingin memberi pandangan serta berkongsi pendapat yang bernas jom lontarkan pandangan anda bersama !

Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :
 

37 ulasan:

  1. kami nak jadik pelakun harapan huhuhuh

    BalasPadam
  2. erk...
    saya nak jadi mak pacak la....
    ngeee

    BalasPadam
  3. jadi hero hindustan gone ok tak...satu luahan dlm bentuk blog...amat menarik

    BalasPadam
  4. salam..

    Ada 2 kategori pak pacak..1 pak pacak sebagai hero satu lagi pak pacak sebagai jaga..
    Pak pacak sebagai hero ramai yg akan dtg mengendeng sebab nak tumpang popular manakala pak pacak sebagai jaga org x pandang sebab x popular..
    Biasa org sebut 'kalau sudi katakan sudi tidaklah hamba ternanti-nanti' atau 'hidung x mancung pipi tersorong-sorong'.
    Ambil saja jalan asalkan kita gembira & selesa dgn apa yg kita buat & x menyakiti hati org lain.

    p/s-mcm en3 koi juga pasal popular ni -> "DEEJAY VS BLOGGER"

    BalasPadam
  5. kalau full time berblog, insyaAllah boleh jadi sultan blog. selagi kita urus blog kita biasa-biasa saja, hasilnya biasa-biasa saja jugak..

    kita kena sentiasa betulkan niat, insyaAllah niat yang ikhlas dalam dunia blog, akan ada hasilnya nanti.


    jemput baca : Jadikan Buku Sebagai Hadiah

    BalasPadam
  6. salam...jangan selama-lamanya kita mnjadi pak pacak sesekali kita mesti menjadi hero kerana kita mungkin kita lebih berbakata daripada hero-hero yang sebelumnya.InsyaAllah dengan potensi yang ada pasti kita mampu...

    BalasPadam
  7. salam Yassin..
    blog kita dah tentu kita lah sultannya
    pedulik dengan orang Yassin..he he

    BalasPadam
  8. En Syed - nnt kawan jadi pengarahnya ya :)

    sahromnasrudin - Pelakun harapan bangsa ok tu.

    Mie - jgn beria nnt kawan pun nangis :(

    AUC - tak kisah ngat janji dpt jadi hero :)

    BalasPadam
  9. Ozzy - betul tu saya sokong janji kit hepi ozzy :)

    Hisayam - Niat kena molek..niat juga tidak menghalalkan cara betul tu.

    EDDIE - Salam, saya suka juga semangat anda itu jom kita redah semoga kita berjaya juga.

    ZUL - Wmsalam...sesekali kita kena akur juga kita adalah hamba rakyatnya :)

    BalasPadam
  10. Salam...

    Koi jd produser ( x mgalah tu.. :P )

    BalasPadam
  11. salam.

    kadang2 perlu jadi pelakon
    demi sesuap nasi..
    nk buat camne ..masih belum merdeka

    BalasPadam
  12. betul tu..sgt2 setuju...terima kasih..sedikit sebnyk telah menyedarkan saya...siapa pak pacak siapa sultan sebenarnya...kdg2 pak pacak ni kene sedarkan sultan..

    BalasPadam
  13. Cik SHiNJU - Nak x nok kawan heronya aok heroin dia :)

    Ati Masrif - Betul berikhitarlah dgn cara kita kan...

    INCHIK PIPI PAU PANAS - agak panas dan berbunga juga ayat anda itu TQ :)

    BalasPadam
  14. entry nie ada kaitan dengan sapa2 ke AAP?

    BalasPadam
  15. kalau semua nak jadi sultan..sapa yang nak jadi rakyat..

    kalau semua nak jadi bos, sapa nak jadi kuli..

    kalau semua nak jadi peniaga, sapa nak jadi pembeli?

    masing2 ada peranan..Allah itu maha kaya.Semua ciptaanya ada pasangan.

    BalasPadam
  16. Gadis kampung - Susah nak jawab nie.. tapi yang pasti saya ikhlas sahaja dan tidak kaitan dgn mana2 blogger. Kerana itu REALITINYA yang saya nampak.

    BalasPadam
  17. Nizam - Pandangan yang ikhlas akur pada ketentuanNYA kerana kita ada hak peranan tersendiri. TQ

    BalasPadam
  18. saya jd make up artis je...eh

    BalasPadam
  19. mier@merr - anda yang paling bagus memaniskan muka org yang masam, saya setuju tu :)

    BalasPadam
  20. Salam semua, kemungkinan saya akan memilih salah satu balasan komen yang terbaik selepas ini dan akan di nobatkan sebagai Pengkritik paling hebat! Tahniah.

    BalasPadam
  21. Saya hanyalah permaisuri di blog saya sendiri! Saya 'malas' untuk duduk meminggir di istana kayangan. :)

    BalasPadam
  22. salam.

    saya tertarik sungguh dgn pandangan awak yang bernas dan ikhlas dalam entri ini.

    sebenarnya benda ni semua nasib atau tuah badan seseorang. misalnya saya percaya, ada orang yang suaranya sesedap siti nurhaliza tetapi mungkin nasib tidak menyebelahi dia. bakat dia tidak tercungkil. begitu juga suara siti nurhaliza saya rasa lebih sedap dari sesetengah penyanyi inggeris. tetapi siti tidak dilahirkan di sana.

    kesimpulannya kadang2 seseorang blogger itu popular kerana bernasib baik sahaja kerana kalau dilihat entri dia, kadang2 entri orang lain lebih baik dari entri dia.

    tetapi jangan lupa .. jika tuhan hendak mencabut kemasyhuran seseorang itu, sekelip mata sahaja boleh hilang.

    bagi diri saya, tidak mengapalah saya menjadi jadi pak pacak selamanya. kalau tanpanya akan cacat juga kehidupan sebuah istana itu baik di dalam filem maupun di dalam realiti.

    BalasPadam
  23. Tq AAP ..kita nie..kita buat n3 ..dengan gaya kita sendiri..blog kite kan...ada blogger hebat ..kita tinggal mesage pun tak balas....saya kalau x balas minta maaf sbb sebuk ngan keja.. apa pun takniah..to AAP..rajin menulis...

    BalasPadam
  24. kalau x de penonton x berguna jugak sesebuah teater tersebut...walaupun hero dan heroin nye mantop...tapi x de org pun datang nok nengok cerite te...payah utk memuaskan setiap hati bernama manusia...kite jadilah ape seadanye....hehehe

    BalasPadam
  25. Salam
    LM x mo jadi ninah pacak,nakjadi heroin boleh.hehehe.Sebenarnya,bila kita dah ada follower dan readers pastiada yang masuk ke dalamblog kita . So..nak atau tida, kita perlu buat sekurang - kurangya satu entri sehari , supaya pembaca yang masuk tak lah hampa ,betul tak ?hati follower kena jaga juga kan?

    BalasPadam
  26. kita kena buat juga anugerah pak pacak ni

    BalasPadam
  27. nak pinggan mangkuk tak?
    saya tad=gged awak utk contest tue jom la klik tengok
    http://nukilangadiskampung.blogspot.com/2010/12/mush-1st-giveaway.html

    BalasPadam
  28. Kak Cik - tu betulkan duk diistana sendiri lagi senangkan.

    Th al-lavendari - Terima kasih byk kerana menyokong N3 tidak seberapa ini. Maka benar Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manuasia siapa tahu. Saya menyambung kata2 TH itu dalam ertikata lain kita mungkin mudah menjadi juara tapi tidak mudah mempertahankan kejuarannya. Tak pelah TH anda jadi pak pacak disebelah kiri sementara saya disebelah kanan sesama memakmurkan istana itu :)

    BalasPadam
  29. Abu Luqman - So orait ok tu kita x kisah:)

    Anak Ulu Cheka - tul tu kita akur juga dgn kententuanay itu :) sesekali layan citer hindustan bes weh :)

    Miza - nak buat macam mana kan kalau itu juga peranan yg kita dpt. Tu tul hati budi kena baik, dalam hati kena ada taman jugu baru ceria semuanya.

    BalasPadam
  30. Cemomoi - tu pasal kawan kenan ke aok.. idea aok mmg bes kreatif :) molek juga di pikir2 utk pihak2 tertentu ditimbang utk menyediakan anugerah itu :)

    Gadis kampung - TQ nanti kita gi ok.

    ** nape ptg nei saya BZ betul :(

    BalasPadam
  31. pakke, mak pacakke, abang pacakke... tulis tetap tulis.

    BalasPadam
  32. syabas...anda telah berjaya mengupas satu persoalan yg menarik..bagi sy hidup ini ada kitarannya bermula dr kita dilahirkan..belajar merangkak,berdiri,berjalan dan seterusnya berlari...begitu jugaklh dlm dunia seorang blogger bermulanya kita dr bawah dan suatu hr kelak pasti kita akan berada di puncak aslkan kita tetap bersemangat...watak raja bukan sesuatu yg mustahil...
    Melihat ke atas : memperoleh semangat untuk maju.
    Melihat ke bawah : bersyukur atas semua yg ada.
    Melihat ke samping : semangat kebersamaan.
    Melihat ke belakang : sebagai pengalaman berharga.
    Melihat ke dalam : untuk lebih mengenali.
    Melihat ke depan : untuk menjadi lebih baik.

    BalasPadam
  33. abu muaz - Pendek kata lawan ttp lawan tak gitu :)

    AZAHAR - Terima kasih sudi singgah. Saya kira pandangan anda itu begitu menarik...hidup bagaikan satu kitaran jua.. ada masa kita dibawah dan diatas. Amat tertarik sekali dgn istilah MELIHAT itu TQVM

    BalasPadam
  34. jadi permaisuri sisuami pun dah bermakna bagi saya.

    blogging sekadar hobi semata-mata untuk meramaikan kawan-kawan..

    BalasPadam
  35. Azrina - itulah yang terbaiknya taat pada suami pasti dijanji balasan yang amat baik.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.