MAIN MENU

Footer Pages

23 Nov 2010

Jom kita masuk ke alam mistik kejap...

Didalam amalan org melayu kita bergitu banyak sekali pantang larangnya berkaitan dgn alam mistik ini. Hari ini kawan nak berkongsi sedikit drp amalan mistik yang berkaitan dgn makhluk halus ini. Kalau baik boleh jadi ikutan yang tak baik abaikan sahaja. Ini adalah diantara beberapa contoh drp amalan-amalan yang tersebut :

Jika terjerlus kaki - didalam lubang bukan lubang dibuat tapi lubang terbentuk dgn sendiri didalam hutan sebagai contohnya, maka jika mengikuti amalan ini anda hendaklah kita mengantikan atau meletakkan galang gantinya seperti kayu dan berkatalah "inilah gantinya". Tujuannya bagi menghindarkan diri kita dan kaki kita daripada bengkak dan sebagainya.

Jangan Pandang berlakang - Amalan ini sememang ditegah jika kita berjalan di waktu malam, di bimbang ternampak akan sesuatu yang lain atau makhluk tersebut akan mengikuti kita - tujuannya utk mengelakkan kita  agar tidak diganggu atau akan mengalami sebarang gangguan drp makhluk halus ini.

Bau Busuk - Jika di waktu malam hari jika kita terbau busuk usahlah ditegur biarkan sahaja... bak kata pepatah kerana pulut santan jua akan binasa. (lantak kedia aje :) didalam amalan ini jika kita terbau atau terhidu bender busuk itu maksudnya ada perkara yang bersumberkan drp makhluk yang tidak baik. (hantu, syaitan dll)

Bau wangi - didalam amalan mistik biasanya jika kita terhidu wangian didalam hutan sebagai contoh atau dimana jua diwaktu malam biasanya benda ini tidak memudarat kita. (biarkan sahaja) ada pendapat yang mengatakan ini dikalangan Jin yang baik.

Jangan suka menengur (mulut celupar ) - didalam amalan mistik org tua-tua terdahulu kita dilarang sama sekali menegur akan sesuatu objek atau sebarang bentuk, bunyi dan sebagainya di bimbangi kita pulak akan ditegur. Kebiasaannya ianya akan dikaitkan dengan (keteguran) sejenis penyakit mistik juga. Bila mangsa terkena penyakit ini Bomoh biasanya akan mengungkapkan kata-kata anda "keteguran".

Mencabar - Didalam alam mistik juga perkara yang amat di larang sama sekali mencabar atau mengatakan akan sesuatu bagi tujuan mencabar bender halus ini. Terkadang mungkin tidak secara langsung itu yang menyebabkan kita akan "terkena". 

Sebenarnya begitu banyak sekali amalan dan petua di alam mistik ini. Insyallah jika ada kelapangannya nanti kita boleh sambung lagi... yang baik di jadi ingatan dan tauladan yang buruk di jadikan sempadan.


Wassalam. Wa'allahhualam. Salam hormat daripada :

13 ulasan:

  1. singgah kat sini kejap...teringat aruwah datuk dengan pantang larang..

    BalasPadam
  2. selalu jugak gua dengar pantang larang ni bro.. tp alhmdulillah sampai skrg belum jadi apa2 kat gua lagi bro.. sebab gua jarang masuk utan.. kuang..kuang..kuang..

    BalasPadam
  3. salam..
    ginilah gayanya hidup
    banyak pantang larang..
    apapun semuanya dari
    Allah jua..semoga aok
    sihat selalu Yassin..

    BalasPadam
  4. salam,
    saya kalau tetiba bau busuk jer... mesti saya marah org sebelah.... mesti dia kentut ni... hehe
    tapi betul lah kena ikut jgk amalan2 ni. tak bole ckp besar....

    BalasPadam
  5. salam...

    Terima kasih berkongsi petua...utk sama-sama beringat terutama kalau masuk dlm hutan..

    p/s-koi tunggu lagi petua2 lain

    BalasPadam
  6. Nizam - org2 tua dahulu mmg terkenal dgn pantang larangnya.

    Creshk Rockers - itu indah petua org dulu2 kan...

    zulkbo - Tul tu zul bab kata pepatah tu berpatang maut sebelum ajal yak.

    MLD - kalau ada yang kentu kat kita ketuk aje kepala dia tu :)

    Pozi - wmsalam.. aok nok petua macam mana te nanti kawan cari hehehe..

    BalasPadam
  7. btol tu ! sbnrnyer kbnyakan ni d amalkan org melayu yg berumur kerana zaman mereka dulu mereka mementingkan smue nie ! kdg2 dpndg kolot tp ader jugak kbenarannya !tp sumtimes smpai sakit skit pn dkatanyer kna buatan org ! ermm... persepsi org mlayu mmg dh terbiasa bnda2 cmtu

    BalasPadam
  8. salam..pernah sekali krete rasa berat time drive tgh malam..tak berani nak pandang belakang huhuhuh

    BalasPadam
  9. bau wangi vs bau busuk

    maknanya suami tak mandi lagi tapi isteri dah stenbai

    BalasPadam
  10. Salam...

    tima kasih share petua pantang larang nih..
    koi suke masuk utan..huhuh

    BalasPadam
  11. kehebatan orang dulu-dulu mencipta peraturan kehidupan berdasarkan kejadian dan aturan alam. semuanya untuk mendisiplinkan diri anak2. Tetapi jangan sampai terpesong daripada akidah agama kita sudah lah..




    entri terbaru : Khabar Angin Mensensasikan Kehidupan

    BalasPadam
  12. Alam ghaib memang wujud, tapi Allah S.W.T jugalah yang lebih berkuasa. DaripadaNya kita bermula, dan kepadaNya jugalah kita kembali. Jangan cuba menderhakaiNya.

    BalasPadam
  13. hmm,pantang larang org dulu bertujuan utk didik kita supaya lebih beradab apabila berada di tempat org seperti mana dalam al-quran dan hadis yg menjelaskan bahawa adanya kehidupan ghaib yg perlu kita sama-sama hormati.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.