MAIN MENU

Footer Pages

21 Nov 2010

CARA MENANGKAP DAN MEMBUNUH BINATANG TERTENTU

Salam semua hari ini kawan nak berkongsi dengan anda semua cara menangkap dan membunuh binatang tertentu daripada amalan dan petua orang-orang tua terdahulu. Perkara ini hanya sekadar satu perkongsian dan pengetahuan bersama sahaja. Jika di lihat ada bebarapa jenis binatang ini yang mempunyai kelemahan tertentu jika amalan ini dibuat contohnya :

Lipan - Bukan sejenis bintang yang mudah jika hendak dibunuh. Jika terserempak dgn bintang ini ianya cukup pantas dan terus menyelit dan menghilangkan diri. Jadi jika anda bertemu dengannya jangan sesekali menyebut "lipan". Sebaiknya di sebut "tulang ikan" biar pun berkali-kali menyebutnya, yang pastinya bintang ini akan berhenti seketika... masa itu anda membunuhnya.

Ular - Sejenis haiwan yang berbahaya jika sekiranya anda memukul dgn kayu biasa payah sikit matinya. Silap-silap dia boleh lari juga. Disini anda cuba pukul dengan sebatang buluh atau rotan pastinya dia akan terus terkulai.

Ikan Tilan - Sejenis ikan yang terdapat di Sungai Pahang. Bila terkena joran kail ikan ini amat payah untuk di pegang ditambah pulak ada bisa di siripnya silap-silap terkena ke jari berbisa juga,  cara mudah utk mendiamkannya anda ambil sehelai duan keladi kemahang atau daun keladi yang ada ditepi sungai lalu ditekap padanya insyaalah ianya terus diam. ( jika kurang yakin anda boleh mencubanya)

Tebuan - Kalau bersarang tiada cara lain yang kita amalkan selain membakarnya di waktu malam. Cara lain yang diamalkan oleh org tua terdahulu dgn melastik atau membaling limau nipis kedalam sarangnya. Cara ini jangan dibuat tidak sebarang sila rujuk pada yang pakar terlebih dahulu. Insyaallah tebuan tersebut akan meninggalkan sarangnya sedikit demi sedikit.

Biawak - Cara mudah utk membunuh binatang ini ada juga, tapi caranya ada sedikit unsur khainat tidak di galakan. Caranya sapu belacan pada batu sungai bersaiz kecil. Buatlah seberapa yang banyak dan letak di laluannya insyaallah biawak tersebut akan memakan batu yang berbau belacan tersebut lama kelamaan ianya akan mati.
Tikus - Kalau bersarang didalam rumah cara mudahnya untuk menghalaunya,  anda letak daun durian belanda ditempat-tempat tertentu pasti ianya akan beredar drp tempat tersebut.

Amaran dan Perhatian : Cara-cara yang dinyatakan diatas hanya sekadar petua dan amalan org terdahulu sahaja. Sekiranya tidak baik atau mendatang kemudaratan kepada anda. Anda dinasihatkan supaya tidak mengikuti cara yang telah dinyatakan. Ianya sekadar satu pengkongsian dan pengetahuan bersama sahaja.

Artikel disediakan sepenuhnya oleh akauanakpahang.


Wassalam. Wa'allahhualam.
 

14 ulasan:

  1. alamak semua binatang2 bahaya ni

    BalasPadam
  2. salam waris..lama doh tak dengor petua te...kome nok namboh sikit...

    nk bunuh ikan yg payah mati-masa nok siang...cth sembilang haruan puyu ke..rendam dgn air garam..begitulah sebaliknya kalau ikan laut guna air tawar pulok..

    tilan te bes buat sup...payoh doh nok jumpe..

    BalasPadam
  3. Sharinginfoz - semua binatang berbisa dan bersengat bahaya.

    AUC - terima kasih berkongsi petua yang menarik.:)

    Mie - bender lama kena war2kan juga biar org muda tua.

    BalasPadam
  4. salam..

    Bagus petua2 ni...kwn rasa byk lagi petua2 lain aok ada..nanti kongsi2 kan lagi yek..terima kasih.

    BalasPadam
  5. salam Yassin..
    koi suka petua bunuh
    biawak tu ..he he..
    nak cuba balik kampung
    nanti..he he

    BalasPadam
  6. salam,
    wah!!!! bagus ni, tapi cara nak bunuh lipas takder ke??? kekekeke... saya takut lipas..eeee

    BalasPadam
  7. Anip - petua diatas tu kasi kuar aje kalau nak bagi mati kena pasang jerat la :)

    Pozi - terima kasih...petua lain nnti kawan ceritakan pada entri akan datang insyaallah.

    Zul- kalau aok nok buat carilah batu sungai lebih kurang sebesar ibu kaki sapun belacan tentu beres punya.

    MLD - Cara mudah anda spray aje :)

    BalasPadam
  8. spray saje.. hahaha.... mmg mudah, kat rumah saya ada sedozen shieldtox... :p

    BalasPadam
  9. Eh, betul ke sebut tulang ikan tu? Apa kena mengena?

    BalasPadam

  10. 'Would have been no stranger to you. Especially if you are already an adult when conflict
    suksestoto

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.